Mourinho perkukuhkan lagi barisan pertahanan Man.United.

Bellerin menjadi rebutan Manchester United dan Juventus. Kredit gambar : GiveMeSport

Menurut laporan terbaru dari Sepanyol (Calciomercato), Manchester United kini mahu menandatangani pertahanan kanan baru menjelang musim depan, dengan dua pemain dikatakan berada dalam senarai teratas mereka.



Namun seperti yang dilaporkan oleh media sukan Sepanyol itu, Manchester Unted terpaksa bersaing dengan dua kelab Itali (Juventus dan Napoli) bagi mendapatkan pemain yang menjadi sasaran tersebut kerana masing-masing dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain yang sama dimana turut berada dalam senarai pasukan daripada Itali itu.

Dua pemain pertahanan kanan yang dikatakan menjadi sasaran dalam perebutan tiga kelab ini adalah Bellerin dan Vrsaljko

Menurut Calciomercato, Manchester United dikatakan mensasarkan Bellerin sebagai sasaran utama mereka dan Vrsaljko sebagai pilihan kedua.

Manakala Juventus pula dikatakan berminat untuk mendapat Bellerin sebagai pilihan utama mereka sementara Napoli inginkan Vrsaljko.

Vrsaljko pertahanan kanan Atletico Madrid yang menjadi sasaran Napoli dan Manchester United. Kredit gambar : beIN SPORTS
Napoli telah mengikuti perkembangan Vrsaljko untuk tempoh yang agak lama namun dengan situasi terkini, mereka mampu kehilangan (terlepas) pemain pertahanan Croatia (Vrsaljko) itu kepada Manchester United yang nyata memiliki kelebihan dari sudut kewangan yang tidak mungkin mampu dicabar oleh Napoli.

Selain itu, Manchester United juga hampir pasti berjaya mendapatkan pemain pertahanan Juventus, Alex Sandro menurut laporan yang dikeluarkan oleh La Stampa.

Sandro memiliki kontrak bersama Juventus sehingga tahun 2020, namun menurut laporan itu, perpindahan Sandro ke Manchester United bakal dilaksanakan dalam masa terdekat dengan nilai perpindahan dijangkakan berlaku sekitar €50 juta.

Alex Sandro pemain pertahanan Juventus dikatakan bakal menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan sekitar €50 juta. Kredit foto :Daily Star
Jika ianya menjadi kenyataan, kemungkinan pihak Juventus dapat menggunakan perjanjian ini sebagai kelebihan dalam mendapatkan Bellerin. 

Dan juga, sekiranya urusan perpindahan ini benar-benar berlaku maka Napoli kemungkinan akan kehilangan Vrsaljko kepada Manchester United.

Sebelum ini, Mourinho dikatakan mahu mendapatkan pertahanan tengah AC Milan, Leonardo Bonucci (baca disini : Manchester mahu dapatkan Leonardo Bonucci).

Nampaknya, Manchester United bakal memperkukuhkan barisan pertahanan mereka musim depan bagi mencabar kekuatan seteru utama mereka yang juga merupakan Juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Manchester City.

Post a Comment

Previous Post Next Post