Ejen Lucas Perez sahkan pemain tersebut berminat sertai Lazio

Lucas Perez berminat sertai Lazio. Kredit foto : riazor.org

Penyerang Arsenal yang dipinjamkan musim lalu, Lucas Perez dikatakan berminat sertai Serie A.

Dua tahun lalu, Lazio telah menandatangani pemain yang beraksi bersama Deportivo La Coruna, Luis Alberto secara pinjaman daripada kelab Inggeris, Liverpool.

Dan kali ini, kelab Itali itu mungkin mampu mengulangi peristiwa sama dengan menandatangani seorang lagi penyerang yang dipinjamkan daripada kelab Inggeris ke Deportivo iaitu Lucas Perez.

Khimat Perez dikatakan tidak lagi diperlukan Arsenal setelah dipinjamkan kepada Deportivo dan menurut ejen pemain itu, Rodrigo Fernandez Lovelle dalam satu pendedahan yang dibuat melalui Lalaziosiamonoi (via insidefutbol), Lazio cuba mendapatkan Perez musim lalu namun tidak menjadi kenyataan.

Walaupun mengakui pemain tersebut berminat untuk beraksi bersama Lazio, namun mereka  (Lazio dan Perez) terpaksa berunding terlebih dahulu bersama Arsenal memandangkan kontrak Perez masih berbaki dua tahun lagi bersama The Gunners.

"Lazio asked for him last year, but then nothing came of it. Lucas has always liked both Lazio and the city of Rome.”

"And there [at Lazio] there is his great friend, Luis Alberto. He still has two years on his contract with Arsenal, so we need to talk to them first."

"As for Lucas, he likes the idea of Lazio, but it's still too early to talk about it", the agent added.

Pemain berusia 29 tahun itu masih menjadi milik The Gunners yang telah menandatangani beliau pada musim panas tahun 2016 dan kontrak tersebut bakal berakhir pada tahun 2020 (bulan Jun).

Aksi beliau pada musim pertama bersama Arsenal tidaklah begitu memberangsangkan dalam saingan liga apabila hanya membuat 11 penampilan dengan hanya satu gol berjaya dijaringkan beliau.

Rekod penampilan bersama Arsenal pada musim pertama (2016/2017).
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Premier League 11 1 -
FA Cup 4 1 2
Champions League 3 3 2
EFL Cup 3 2 1
JUMLAH 21 7 5

Musim berikutnya, beliau dipinjamkan kepada kelab terdahulu beliau beraksi iaitu Deportivo untuk satu musim.

Bersama Deportivo (musim 2017/18), beliau lebih banyak diberi peluang beraksi berbanding ketika bersama Arsenal namun begitu, beliau tetap gagal membantu kelab tersebut daripada kekal beraksi di liga utama Sepanyol (La Liga) apabila tersingkir daripada liga tersebut musim depan (relegation to the Segunda Division).

Kedudukan La Liga selepas 37 perlawanan.
Kedudukan Pasukan P M S K J B +/- Mata Qualification or relegation
17 Leganés 37 11 7 19 31 49 −18 40
18 Deportivo La Coruña (R) 37 6 11 20 37 74 −37 29 Relegation to the Segunda División
19 Las Palmas (R) 37 5 7 25 23 72 −49 22
20 Málaga (R) 37 5 5 27 24 60 −36 20

Deportivo bakal beraksi di liga kedua Sepanyol musim depan setelah berada ditangga ketiga tercorot musim ini walaupun berbaki satu perlawanan lagi (menentang Velencia pada 20 Mei ini).

Rekod penampilan Perez bersama Deportivo setakat ini.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
LaLiga 34 7 6
Copa del Rey 2 1 2
JUMLAH 36 8 8

Rekod mengikut posisi bersama Deportivo
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Centre-Forward 28 8 8
Right Wing 6 - 2
Secondary Striker 1 - -
Left Wing 1 - -
JUMLAH 36 8 10

Post a Comment

Previous Post Next Post