Pengganti Arsene Wenger yang disasarkan Arsenal setia bersama Juventus.

Massimiliano Allegri menafikan spekulasi bahawa beliau bersedia untuk pindah ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Arsenal selepas memimpin Juventus menjuarai gelaran Serie A yang ketujuh berturut-turut.



"Jika mereka tidak memecat saya, saya fikir saya akan tinggal bersama Juventus tahun depan," jelas Allegri selepas perlawanan menentang AS Roma yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Dan keputusan tersebut sudah memadai buat Juventus untuk mengesahkan Kejuaraan Liga, Serie A menjadi milik mereka selepas pencabar terdekat mereka, Napoli ketinggalan empat mata walaupun kedua-dua pasukan masih memiliki satu perlawanan lagi (baki perlawan).

# Team P M S K J:B +/- Mata
1 Juventus 37 29 5 3 84:23 61 92
2 SSC Napoli 37 27 7 3 75:28 47 88
3 AS Roma 37 22 8 7 60:28 32 74
4 Lazio Roma 37 21 9 7 87:46 41 72
5 Inter 37 19 12 6 63:28 35 69
6 AC Milan 37 17 10 10 51:41 10 61

Kejayaan Allegri membimbing Juventus menjuarai Liga disamping Kejuaraan Copa Italia musim ini menjadikan beliau telah memenangi dua kejuaraan tersebut setiap musim sepanjang empat musim beliau bersama Juventus.
Musim Serie A Coppa
Italia
Supercoppa
Italiana
UCL
2014–15 1st W RU RU
2015–16 1st W W R16
2016–17 1st W RU RU
2017–18 1st W RU QF

"Ini bukan isu keputusan masa depan, ini mengenai perancangan masa depan Juventus, kerana setelah kami selesai meraikan (kejuaraan), kami perlu duduk di meja (berunding) dengan minda yang lapang dan jelas."

"Apabila musim depan bermula, kita semua bermula dari 'kosong' dan mesti terus membuktikan kita terus dan mampu bersaing."

Allegri mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Juventus setelah pembaruan (kontrak) dilakukan beliau pada Jun lalu namun ketika ini beliau kuat dikaitkan sebagai calon utama pengganti Arsene Wenger di Arsenal dan juga untuk Antonio Conte di Chelsea.

Post a Comment

Previous Post Next Post