![]() |
Ramsey ke Juventus hanya 40%. Kredit foto : Mirror |
Aaron Ramsey minggu lalu telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Arsenal musim ini (Arsenal player of the season) selepas undian dijalankan dikalangan peminat Arsenal.
Selain itu, gol jaringan beliau turut dipilih selaku gol terbaik Arsenal musim ini.
He's been voted our Player of the Season - what was your favourite @aaronramsey moment from 2017/18? pic.twitter.com/GMITcqPSHl— Arsenal FC (@Arsenal) May 19, 2018
Presenting... your 2017/18 Goal of the Season 🔥— Arsenal FC (@Arsenal) May 18, 2018
Congratulations @aaronramsey - what a finish 👏 pic.twitter.com/Ef8O6VOvY1
Berdasarkan itu, boleh dikatakan para peminat Arsenal masih menghargai dan meminati pemain ini serta pasti tidak sanggup untuk melihat pemain kebangsaan Wales berusia 27 tahun ini meninggalkan kelab pada musim panas nanti (jendela perpindahan).
Dengan berbaki satu tahun lagi kontrak beliau bersama Arsenal, satu-satunya jalan ataupun tindakan yang mudah difahami bagi menafikan khabar angin perpindahan beliau adalah dengan Ramsey menandatangani kontrak baru yang telah ditawarkan kepada beliau oleh Arsenal.
Ramsey merupakan salah seorang dikalangan pemain yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Dan media Itali yang berpengkalan di Turin dimana kelab Juventus berada, Tuttosport telah mengkaji situasi perpindahan yang bakal berlaku di Juventus dengan melihat kepada situasi terkini termasuklah khabar angin yang mengaitkan Ramsey serta pemain-pemain lain.
Untuk kedudukan pemain tengah, ketibaan ataupun kedatangan Emre Can dari Liverpool dengan perpindahan percuma diletakkan dengan peratusan paling tinggi iaitu pada kadar 99%, sementara peratusan Juventus untuk membawa Ramsey masuk hanyalah pada kadar 40%.
Daripada laman Tuttosport :
CENTROCAMPISTI (midfielders)
In attesa di Emre Can, vicino ma non ancora ufficiale, Marotta è alla finestra sul fronte delle cessioni con Khedira sul piede di partenza e Marchisio in dubbio.
(Waiting for Emre Can, near but not yet official, Marotta is at the window on the front of the sales with Khedira on the starting line and Marchisio in doubt)
- EMRE CAN 99%
- RABIOT 50%
- PELLEGRINI 50%
- RAMSEY 40%
- POGBA 30%
- CRISTANTE 30%
- KOVACIC 30%
- MILINKOVIC-SAVIC 25%
Tuttosport percaya bahawa Juventus bakal membawa masuk beberapa pemain baru pada posisi tengah dengan Ramsey merupakan salah seorang pemain yang berada dalam senarai pendek Juventus selepas Can.
Juventus terkenal dengan tindakan mereka mendapatkan pemain yang berada pada penghujung kontrak (percuma) ataupun mereka (pemain) yang berada ditahun akhir kontrak mereka untuk mendapatkan 'diskaun' pembelian pemain dan Ramsey berada dalam 'menu' ataupun kriteria tersebut.