Santi Cazorla sedia tinggalkan Arsenal dengan Villarreal sedia menerima kembali bintang Sepanyol ini

Santi Cazorla sedia tinggalkan Arsenal dengan Villarrea sedia menerima kembali bintang Sepanyol ini. Kredit foto :The Short Fuse

Beberapa hari lalu, heboh diperkatakan dengan spekulasi bahawa Santi Cazorla akan menjadi sebahagian daripada staff belakang tabir Arsenal apabila Mikel Arteta dilantik menjadi ketua jurulatih baharu Arsenal musim depan.




Hari ini, kita semua dikejutkan dengan laporan yang mengatakan bahawa beliau sedia untuk kembali kepada bekas kelabnya iaitu Villarreal pada musim panas ini dan mengakhiri karier beliau bersama Arsenal yang disertainya pada tahun 2012.

Dalam laporan terkini, Santi Cazorla dikatakan telah ditawarkan peluang untuk memulakan musim depan dalam sesi pra musim bersama Villarreal setelah kontrak pemain ini tidak lagi disambung.

Bagaimanapun terdapat kekeliruan mengenai khabar angin ini lebih-lebih lagi bekas rakan sepasukan beliau ketika di Villarreal, Marcos Senna yang kini menjadi duta pasukan itu turut mengakui mengenai khabar angin ini.

"Saya ingin mengesahkan perpindahan," 

"Tetapi pada masa ini apa yang saya katakan adalah terdapat rundingan lebih lanjut diantara Santi Cazorla dan Villarreal untuk pemain ini menghabiskan masa pra-musim bersama kelab."

"Belia akan menjadi pemain bebas (free agent)."  kata Marcos Senna sebagaimana dipetik daripada laman Evening Standard.

Manakala wartawan Alex Kirkland yang juga merupakan peminat dan peyokong Arsenal telah memberi respons kepada laporan awal yang mana mengatakan Cazorla akan kembali ke Villarreal adalah masih belum dimuktamadkan lagi.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger sebelum mengakhiri tugas beliau bersama kelab, pernah mengatakan bahawa Cazorla kemungkinan bakal diberikan kontrak baru bersama Arsenal.

Dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa kehadiran Cazorla dalam skuad Arsenal mampu memberikan kekuatan kepada pasukan lebih-lebih apabila bergandingan bersama Mesut Ozil yang mana ianya mampu mengimbangi jentera serangan dengan memberi kelebihan kepada Ozil serta mampu memberikan pertolongan kepada barisan pertahanan Arsenal.

Sebelum berakhirnya musim ini, ramai peminat Arsenal berharap bahawa Cazorla akan kembali beraksi untuk satu perlawanan terakhir (membuat penampilan terakhir) selepas melihat beliau mula menjalani latihan di Stadium Emirates.

Malangnya, perkara yang diharapkan ini tidak menjadi kenyataan.

Dengan Arsenal mula melakukan persiapan bagi memperkukuhkan pasukan dan dikaitkan dengan pengambilan (pembelian) pemain tengah seperti  Max Meyer dan Jean Micheal Seri, kita semua haruslah bersedia untuk menerima hakikat kehilangan Cazorla (jika laporan tersebut adalah benar).

Post a Comment

Previous Post Next Post