![]() |
Simeone tidak risau tidak dapat berada ditepi padang. Kredit gambar :TEAMtalk |
Minggu lalu pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone diarahkan untuk meninggalkan tempat duduk pemain simpanan (kawasan tempat pasukan pelawat - technical area) setelah mempertikaikan dan 'bertengkaran' dengan pegawai perlawanan ekoran layangan kad merah kepada pemain pertahanan beliau.
Diego Simeone berdepan hukuman (potensi) penggantungan lima perlawanan berdasarkan kepada laporan AS, selepas diarah meninggalkan kawasaan teknikal pasukan pelawat di Stadium Emirates dalam pertembungan pertama peringkat separuh akhir Liga Europa oleh pengadil perlawanan, Clement Turpin.
Pengurus Atlético Madrid itu dibuang padang selepas membantah keputusan pengadil yang melayangkan kad kuning kedua terhadap Sime Vrsaljko pada minit ke-10 perlawanan.
Simeone terpaksa menonton perlawanan ditempat duduk penonton setelah di arahkan meninggalkan kawasan teknikal. Kredit gambar: Belfast Telgraph |
Beliau ketika ini hanya menerima dua penggantungan perlawanan selepas didakwa dengan menghina pegawai perlawanan dan kelakuan tidak wajar.
Dan pihak UEFA dengan panel disiplin bakal mendengar dan menilai kes tersebut pada 4 Mei (waktu Eropah) sehari selepas perlawanan kedua yang berlangsung di Wanda Metropolitano.
Simeone juga boleh dikenakan hukuman tambahan mengikut peraturan dalam artikel 69:
"A team manager/coach who is sent off or suspended from carrying out his function may not be in the technical area or communicate directly or indirectly with the team's players and/or technical staff during the match. In addition, a team manager/coach who is suspended from carrying out his function may not enter the dressing room or tunnel before or during the match." - AS
Menjelang pertembungan kedua perlawanan separuh akhir Liga Europa lewat pagi esok, jam 3.05 pagi (waktu Malaysia), Simeone tidak akan berada bersama pasukan beliau namun yakin pembantu beliau iaitu Jerman Burgos dapat mengendalikan dengan baik serta memiliki semangat yang sama dengan beliau.
![]() |
Jerman Burgos (kiri) bersama Diego Simeone. Kredit gambar : Zimbio |
"Beliau mempunyai semangat yang sama seperti saya. Kami saling mengenali antara satu sama lain semenjak kecil dan begitu memahami dan mengetahui apa yang ada dalam fikirkan masing-masing."
"Saya sangat tenang pada masa ini namun pemain yang mempunyai peranan utama dan tenaga."
Pun begitu Simeone menegaskan bahawa beliau tidak akan mengubah pendekatannya walaupun bakal menyaksikan pemain mahupun diri beliau sendiri diarahkan untuk meninggalkan padang.
"Saya sedih mengenai keadaan dan penggantungan ini." jelas Simeone.
"Saya perlu memperbaiki dan saya tidak boleh mengatakan apa-apa lagi."
"Ia tidak akan mengubah cara saya melatih pasukan, melihat diri saya di televisyen, dapat difahami, ia bergantung bagaimana anda melihatnya. Ia boleh ditafsirkan secara normal kerana ia hanyalah protes."
"Ia tidak akan mengubah cara saya melatih pasukan, melihat diri saya di televisyen, dapat difahami, ia bergantung bagaimana anda melihatnya. Ia boleh ditafsirkan secara normal kerana ia hanyalah protes."
Sementara itu, Arsene Wenger yang hadir selaku pasukan pelawat bersama Arsenal sudah tentu tidak mahu meninggalkan kenangan pahit jika mengalami kekalahan dan gagal meneruskan cabaran di Liga Europa (aksi terakhir bersama Arsenal dipentas Eropah).
Dan sudah pasti beliau akan menampilkan pasukan dan aksi terkuat ketika menentang Atletico Madrid esok.
Mengulas mengenai tindakan dan reaksi Simeone yang mengakibatkan pengendali tersebut diarah meninggalkan kawasan teknikal, Wenger mempertahankan tingkah laku pengendali Atletico Madrid itu dengan menyifatkan setiap pengurus mempunyai karekter dan personaliti masing-masing.
"Saya percaya setiap pengurus mempunyai personaliti sendiri," kata Wenger.
"Beliau melakukan dengan baik dalam apa yang dilakukannya. Beliau cuba mempengaruhi pasukannya dengan cara yang positif, berkali-kali beliau berjaya melakukannya. Minggu lepas beliau dibuang dan hanya pengadil boleh membuat keputusan itu. "
Sumber : Belfast Telegraph