Pendedahan Thomas Partey mengenai persiapan Atletico Madrid

Pendedahan Thomas Partey mengenai persiapan Atletico Madrid. Kredit gambar : Marca

Pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir Liga Europa yang menyaksikan Atletico Madrid terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Sime Vrsaljko dibuang padang pada minit ke-9 perlawanan. 



Walaupun beraksi dengan 10 pemain hampir 80 minit perlawanan, namun Atletico tetap berjaya menjaringkan satu gol untuk mengikat perlawanan dengan berkesudahan seri 1-1. 

Sebelum perlawanan diantara Arsenal menentang Atletico Madrid di Stadium Emirates berlangsung, pasukan Atletico Madrid telah berlatih dengan 10 pemain sahaja menurut pendedahan yang dilakukan oleh pemain kelab itu, Thomas Partey.

Pendedah Partey itu dibuat melalui Independent yang mendapat temubual secara eksklusif dengan pemain tersebut mendedahkan dimana Diego Simeone telah meramal dengan tepat bahawa pasukannya mungkin kehilangan pemain (terpaksa beraksi dengan 10 pemain).

Menurut pemain itu, Atletico Madrid telah berlatih dengan 10 pemain menentang 11 pemain (10 vs 11) sehari sebelum perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa berlangsung di Arsenal.

Alasan tersebut kerana Simeone telah menjangkakan bahawa pasukan beliau bakal menerima 'padah' dengan ada pemain bakal dilayangkan kad merah.


"Perkara tentang Simeone ramai yang tidak tahu ialah naluri beliau sentiasa betul," kata Partey.

"Kami berlatih bermain dengan 10 vs 11 sehari sebelum perlawanan dan beliau memberitahu kami bahawa kami mungkin akan kehilangan seorang pemain dan ia berlaku lebih awal dari yang dijangkan."

"Saya merasa begitu istimewa kerana dilatih oleh jurulatih yang hebat dan sekarang media selalu bercakap mengenai pemain dibayar (menerima gaji tinggi) dan bagaimana kita (pemain) menjalani kehidupan mewah tetapi bagi mereka yang mengenali saya, saya tetap mengatakan bahawa setiap pemain akan bertambah baik seperti saya jika mereka berlatih di bawahnya (Simeone)."

Simeone telah menjangkakan bahawa Atletico Madrid bakal kehilangan pemain ketika bertemu Arsenal pada perlawanan di Emirates. kredit gambar: Football365
"Saya tidak tahu apa kelab lain lakukan dalam sesi latihan mereka tetapi setiap sesi latihan kami adalah pertempuran di sini kerana pasukan terus berubah berdasarkan betapa kerasnya anda berlatih dan melakukannya semasa (dalam) perlawanan."

Post a Comment

Previous Post Next Post