Arsene Wenger kembali ke Arsenal, Kroenke tagih kepakaran beliau.

Arsene Wenger kembali ke Arsenal. Kredit foto: Straight From Naija

Khidmat beliau masih ditagih pihak pengurusan, Arsene Wenger dipanggil sertai Arsenal bagi membantu menyelesaikan kemelut dalaman The Gunners.



22 tahun berbakti bersama Arsenal namun dipenghujung karier beliau bersama kelab hanya kata-kata makian yang diterima sehinggakan terlupa mengenai jasa dan pengorbanan yang pernah dilakukan beliau.

Walaupun perpisahan beliau penuh dengan kontroversi, namun khidmat beliau masih diperlukan bagi menyelesaikan beberapa perkara yang menjadi isu dalam skuad Arsenal ketika ini.

Dengan pengendali baharu, Unai Emery bertindak selaku Ketua Jurulatih Arsenal, tugas-tugas untuk merencanakan pergerakan pasukan kini digalas oleh tiga individu penting kelab iaitu Ivan Gazidis, Raul Sandllehi dan Sven Mislintat.

“All for one and one for all, united we stand divided we fall.”. Kredit foto : Las Vegas Review-Journal
Mereka bertiga ini digelar dengan panggilan 'The Three Musketeers' dan ini amat bersesuaian sekali dengan mereka bertiga apabila terdapat laporan mengatakan mereka bertiga ini dilihat sedang minum bersama sambil melaungkan ikrar " All for one and one for all, united we stand divided we fall..!!! "
Demi Arsenal baharu..!!! Kredit foto : Giphy
Sememangnya tidak dapat dinafikan pengaruh tiga individu ini dalam membentuk Arsenal baharu namun terdapat beberapa kekurangan yang masih gagal dikawal atau ditampung oleh mereka mengenai kehebatan Arsene Wenger.



Dan perkara itu menyebabkan pemilik Arsenal, Stan Kroenke bertindak memanggil kembali Arsene Wenger bagi menyelesaikan isu yang gagal diuruskan oleh The Three Musketeers itu.

Isu penajaan dan hutang pembinaan stadium kembali menghantui pemilik Arsenal itu setelah tiga individu tersebut gagal mengatasi ataupun sekurang-kurangnya menyamai kecemerlangan yang dilakukan Arsene Wenger.

Ketika pasukan lain menikmati wang hasil daripada penajaan dan hak penyiaran yang diterima daripada pengendali liga, Premier League, Arsenal terpaksa mengekalkan perbelanjaan berhemah demi membayar hutang yang dijana semenjak pembinaan Stadium Emirates.

Dengan hutang yang dijana Arsenal berjumlah £260 juta, Arsenal hanya mempunyai dana untuk melakukan pembelian pemain tidak lebih daripada  £30 juta setahun.

Bayangkanlah sepanjang tempoh pembinaan Stadium Emirates sehingga kini, hanya £30 juta setahun adalah peruntukan tetap untuk Arsenal berbelanja demi melangsaikan hutang pembinaan stadium baru itu.

Snapshot of 2005/06 (last season at Highbury). Kredit foto : Forbes
Jadual diatas menunjukan jumlah hutang yang dipikul Arsene Wenger dan Arsenal pada hari terakhir mereka di Highbury sebelum berpindah ke Emirates.

Kini selepas sedekad berlalu, hutang Arsenal semakin berkurangan dan pada tahun 2016, jumlah hutang terkumpul adalah sebanyak 9 juta dollar sahaja.

Tersenyum pemilik Arsenal melihat angka yang semakin menyusut dan beliau amat berterima kasih kepada Wenger kerana mampu berjimat cermat dan mampu membawa Arsenal semakin dikenali dimata dunia serta bersaing dengan kelab-kelab ternama dunia hanya berbekalkan 30 juta setahun.

Namun keadaan terkini Arsenal yang semakin hilang punca dengan pembelian mewah dan bagaikan hilang tumpuan menyebabkan Kroenke mulai bimbang mengenai masa depan Arsenal.

Arsenal sepatutnya mencipta pemain untuk dijual dan menjana pendapatan sebagaimana dilakukan Wenger sebelum ini dan bukan membeli bintang untuk mencipta kejayaan.

Kroenke mula hilang kawalan terhadap The Three Musketeers itu dan ini menyebabkan beliau bertindak memanggil kembali Arsene Wenger.

Bagaikan tidak percaya dengan keputusan yang dibuat Kroenke ini apabila bertindak melantik Wenger menggantikan Gazidis. 😨 😨 😨

Jauh disudut lain terdengar sayup alarm jam melalui handphone berbunyi... "Bergema suara takbir di angkasa...Selembut bayu meresap ke dalam jiwa.. Betapa hatimu terharu....Menyambut anakmu kembali... "

Dah raya dah rupenya... "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI"

Tulisan tersebut adalah rekaan semata-mata namun dengan menggunakan fakta bersumberkan FORBES dan ianya adalah gurauan semata-mata.

"MAAF ZAHIR BATIN daripada team MyGooners!"



Post a Comment

Previous Post Next Post