Arsenal 'kacau' Liverpool dan Bournemouth dapatkan pemain muda Porto. Kredit foto : SAPO Desporto |
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa laporan telah mengatakan bahawa Bournemouth dan Liverpool merupakan kelab yang cuba membawa pemain muda Porto ke Liga Perdana Inggeris.
Namun dalam laporan terkini akhbar Correio da Manhã yang diterbitkan pada hari ini (Khamis), mereka mendakwa bahawa sebenarnya, Arsenal merupakan pasukan yang bersaing di samping Liverpool dalam perlumbaan untuk mendapatkan pemain muda Porto, Diogo Queirós.
Media itu mendakwa bahawa Arsenal dan Liverpool bakal membuat tawaran menarik dalam beberapa hari akan datang setelah mengikuti pemain muda itu untuk tempoh yang lama.
Petikan akhbar Correio da Manhã |
Diogo Queirós dilihat sebagai sasaran mudah buat dua pasukan Inggeris tersebut memandangkan pemain muda itu mempunyai klausa pelepasan bernilai €25 juta dan ianya boleh menjadi lebih murah lagi.
Correio da Manhã mendakwa bahawa Porto sedia mengkaji tawaran untuk sekurang-kurangnya € 15 juta dari mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain muda mereka.
Namun nilai tersebut mungkin meningkat dengan kelab Itali, AS Roma turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pertahanan muda berusia 19 tahun ini.
Kontrak beliau bakal berakhir pada tahun 2021 dan Diogo Queirós setakat ini telah membuat 30 penampilan bersama skuad FC Porto B yang bersaing di liga kedua Portugal.

Rekod musim 2017/18
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Permainan |
---|---|---|---|---|
Ledman Liga Pro (Liga Kedua Portugal) | 21 | - | - | 1,529 |
UEFA Youth League | 9 | 2 | - | 810 |
JUMLAH | 30 | 2 | - | 2,339' |