Barisan Lengkap Kejurulatihan Baharu Arsenal bagi musim 2018/19

Barisan staf kejurulatihan pasukan utama Arsenal telah disahkan dan diumumkan melalui laman rasmi Arsenal.


Ketua Jurulatih baharu Arsenal, Unai Emery akan disertai oleh Penolong Ketua Pasukan Utama, Juan Carlos Carcedo; Penolong Ketua Pasukan Utama, Steve Bould; Jurulatih Pasukan Utama, Pablo Villanueva; Pengarah Prestasi Tinggi, Darren Burgess; Jurulatih Kekuatan dan Fizikal, Julen Masach; Jurulatih Penjaga Gol, Javi Garcia; Jurulatih Penjaga Gol, Sal Bibbo dan Penganalisis Data / Video, Victor Manas.

Jawatan Nama
Ketua Kejurulatih Unai Emery
Penolong Ketua Pasukan Utama Juan Carlos Carcedo
Penolong Ketua Pasukan Utama Steve Bould
Jurulatih Pasukan Utama Pablo Villanueva
Pengarah Prestasi Tinggi Darren Burgess
Jurulatih Kekuatan dan Fizikal Julen Masach
Jurulatih Penjaga Gol Javi Garcia
Jurulatih Penjaga Gol Sal Bibbo
Penganalisis Data / Video Victor Manas.

Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berkata: "Unai mempunyai pasukan yang sangat kuat dan berbakat dan saya gembira kerana mereka menyertai kami. Saya juga gembira bahawa Steve Bould, Sal Bibbodan Darren Burgess akan meneruskan kerja mereka bersama kami. Semasa kita melalui tempoh perubahan ini, kita perlu mengekalkan kesinambungan dan mereka mempunyai peranan penting bersama pasukan. "

Jurulatih pasukan utama, Neil Banfield, Tony Colbert, Jens Lehmann, Gerry Peyton dan Boro Primorac; Ketua Perkhidmatan Perubatan, Colin Lewin; Fisioterapi, Andy Rolls dan Ben Ashworth; Osteopath Dr Philippe Boixel dan Pengurus Perjalanan, Paul Johnson telah meninggalkan kelab.

Ivan berkata: "Semua orang ini telah memainkan peranan besar dalam kejayaan dan pembangunan kelab selama bertahun-tahun. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka diatas segala kerja keras mereka dan berharap mereka semua, mampu mencapai yang terbaik untuk masa depan. "

Post a Comment

Previous Post Next Post