FIFA buka prosiding tatatertib terhadap Mexico

FIFA buka prosiding tatatertib terhadap Mexic. Kredit foto : Sky Sports.

Federation Internationale de Football Association (FIFA) dilaporkan telah membuka prosiding tatatertib terhadap Mexico selepas penyokong negara itu melaung 'chant' homophobic ketika Mexico mencatatkan kemenangan 1-0 keatas Jerman pada hari Ahad lalu.

Homophobic ataupun Homofobia membawa maksud sikap negatif terhadap golongan homoseksual atau orang yang diklasifikasikan sebagai gay atau lesbian yang mana ianya turut membawa maksud keseluruhan kepada penghinaan, prasangka buruk, kebencian, dan ketakutan.

Laporan Sky Sports mendedahkan dimana  penjaga gol kebangsaan Jerman, Manuel Neuer menerima sorakan ataupun laungan 'chant' tersebut setiap kali mengambil tendangan gol ketika dua pasukan tersebut bertemu dalam saingan peringkat kumpulan Piala Dunia Rusia baru-baru ini.

Neuer didakwa menerima laungan bersifat cacian dan kejian berhubung Homophobic. Kredit foto : Goal
Persekutuan Bola Sepak Mexico (FMF) telah berulang kali didenda oleh FIFA diatas kesalahan penyokong mereka yang melaungkan nyanyian (chant) berunsurkan penghinaan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak FMF telah merayu kepada penyokong mereka supaya tidak menyanyikan ataupun melaungkan kata-kata berunsur penghinaan ketika menyokong pasukan kebangsaan mereka.

Dan sebelum ini juga (pada bulan November lalu), Mahkamah Timbang Tara Sukan telah membatalkan dua denda terhadap Mexico, berhubung insiden laungan 'penghinaan' setelah mendapati ianya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan namun tetap didenda berhubung salah laku yang lain (denda lain).

Post a Comment

Previous Post Next Post