Rio Ferdinand 'hentam' Jack Wilshere, Sokong Southgate

Rio Ferdinand 'hentam' Jack Wilshere. Kredit foto : Daily Mail

Rio Ferdinand tegaskan bahawa Jack Wilshere sememangnya tidak layak untuk mendapat tempat dalam di skuad kebangsaan England bagi kejohanan Piala Dunia musim panas ini di Rusia.



Pemain tengah Arsenal ini gagal mendapat tempat dalam skuad kendalian Gareth Southgate untuk kejohanan itu walaupun beliau berjaya berada di dalam kesebelasan utama Arsenal bagi separuh kedua kempen liga musim lalu.

Masa depan Wilshere terus menjadi tanda-tanya dengan kontrak semasa beliau bersama Arsenal akan berakhir hujung bulan ini dan beliau belum lagi bersetuju dengan perjanjian baru yang ditawarkan kepada beliau oleh The Gunners.

Keputusan Southgate untuk tidak menyenaraikan Wilshere dalam skuadnya menimbulkan keputusan tidak berpuas hati dikalangan pemerhati bolasepak termasuklah peminat dan penyokong Arsenal.

Namun, bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand merasakan bahawa Southgate telah melakukan pilihan dan keputusan yang tepat.

Ferdinand dipetik daripada laman Evening Standard, berkata : "Kenapa anda perlu membawanya?"

"Saya bukannya tidak bersetuju dengan pilihan dibahagian tengah. Beliau (Southgate) boleh bergantung kepada semua (pemain) yang lain secara fizikal." jelas Ferdinand.

"Saya tidak fikir ada sebab untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat. Beliau (Wilshere) tidak bermain mencukupi dan tidak akan mempengaruhi permainan berbanding dengan mereka yang mempunyai tempoh masa (bermain) yang berterusan (sentiasa beraksi dalam kesebelasan utama bersama kelab)."

"Saya pernah berada di sana dengan pasukan yang mana kami mempunyai pemain yang agak tidak layak dan ia meninggalkan kesan buat skuad."

"Walaupun dengan Wayne Rooney, Becks pada tahun 2002, ia boleh menggugat kestabilan skuad."

Skuad England ke Piala Dunia 2018 Rusia.
Penjaga Gol
13 Jack Butland Stoke City
1 Jordan Pickford Everton FC
23 Nick Pope Burnley FC
Pertahanan
22 Trent Alexander-Arnold Liverpool FC
15 Gary Cahill Chelsea FC
17 Fabian Delph Manchester City
16 Phil Jones Manchester United
6 Harry Maguire Leicester City
3 Danny Rose Tottenham Hotspur
5 John Stones Manchester City
12 Kieran Trippier Tottenham Hotspur
2 Kyle Walker Manchester City
18 Ashley Young Manchester United
Tengah
20 Dele Alli Tottenham Hotspur
4 Eric Dier Tottenham Hotspur
8 Jordan Henderson Liverpool FC
7 Jesse Lingard Manchester United
21 Ruben Loftus-Cheek Crystal Palace
Penyerang
9 Harry Kane Tottenham Hotspur
19 Marcus Rashford Manchester United
10 Raheem Sterling Manchester City
11 Jamie Vardy Leicester City
14 Danny Welbeck Arsenal FC
Pengurus
Gareth Southgate

Post a Comment

Previous Post Next Post