![]() |
Perpindahan Nabil Fekir ke Liverpool, Siapa 'Lipak' Siapa? |
Nabil Fekir, nama yang tidak asing lagi buat peminat dan penyokong Arsenal apabila pemain ini sering kali dikaitkan dengan Arsenal semenjak awal musim lalu.
Nama pemain ini muncul pada dua jendela perpindahan musim lalu dengan mengaitkan perpindahan ke Arsenal.
Namun urusan perpindahan ini tidak pernah terjadi dan rumors tetap menjadi rumors sehinggalah ke hari ini dan turut terdapat laporan dimana Lyon enggan melepaskan pemain ini pada jendela perpindahan Januari lalu.
Bagi yang tertanya-tanya siapakah Nabil Fekir, bolehlah membacanya disini (klik : Kenali Nabil Fekir).
Minggu lepas, pemain ini begitu kuat diperkatakan bakal menyertai Liverpool sehinggakan laporan dua hari lalu mengatakan bahawa Nabil Fekir bakal menjalani ujian perubatan (kecergasan) bersama pasukan perubatan Liverpool.
8 Jun 2018 - 9.03 malam.
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 8, 2018
Dan pada hari yang sama juga laporan mengatakan bahawa Liverpool telah pun bersetuju dengan perjanjian perpindahan itu dengan nilai perpindahan berjumlah hampir £ 53 juta.
8 Jun 2018 - 9.13 malam.
Nabil Fekir has passed his medical and is set to become a 🔴 today! 😁 pic.twitter.com/soyFHil38X— Anfield HQ (@AnfieldHQ) June 8, 2018
Berita mengenai Liverpool bakal menandatangani Nabil Fekir begitu mengujakan peminat-peminat mereka, namun begitu Lyon pada hari yang sama juga (dua hari lalu) membuat penafian mengenai rumos yang mengaitkan perpindahan pemain itu ke Liverpool. (macam biasa dengar je kan)
Serta terdapat berita yang mengatakan Lyon mahukan perpindahan ini dijalankan selepas berlangsungnya Piala Dunia 2018 dan jika Liverpool mahukan perpindahan ini diadakan sebelum kejohanan tersebut bermula, mereka (Liverpool) perlu membayar lebih.
Seterusnya menyaksikan rundingan ini ditangguhkan.
Sebelum dua laporan diatas, Lyon menafikan dakwaan tersebut.
8 Jun 2018 - 4.14 petang
Les informations sur le transfert de Nabil Fekir sont fausses.— Olympique Lyonnais (@OL) June 8, 2018
L’Olympique Lyonnais dément catégoriquement les fausses informations diffusées par de nombreux médias au sujet du transfert de Nabil Fekir au club de Liverpool. pic.twitter.com/3Qa6zekRFo
Namun pagi tadi laporan mengenai perpindahan ini mula tersebar dengan dikatakan perpindahan tersebut dibatalkan kerana pasukan perubatan Liverpool mengesahkan terdapat kecederaan lama (ACL) yang menyebabkan urusan perpindahan ini tidak terjadi.
9 Jun 2018 - 6.47 pagi
Liverpool had concerns about the quality of the reconstruction of Nabil Fékir's knee after his ACL injury in 2015, and used his medical results to attempt to renegotiate a deal with Lyon, according to tomorrow's L'Équipe.— Get French Football (@GFFN) June 9, 2018
Manakala pihak Lyon pula, menerusi presiden kelab itu, mengesahkan pemain tersebut telah pun lulus ujian kesihatan (kecergasan) yang dilakukan oleh pasukan perubatan Liverpool.
Nabil Fekir has passed his Liverpool medical, claims FFF president, despite fears about his knee.
-- Squawka
Pun begitu, Lyon turut mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan rundingan bersama Liverpool telah pun berakhir dengan pemain itu kekal bersama mereka musim depan.
Dan pendedahan Lyon ini dibuat empat jam sebelum laporan mengenai laporan Liverpool dibuat mengenai pembatalan rundingan tersebut.
Beberapa jam selepas berita mengenai perpindahan Fekir menemui kegagalan, pemain tersebut membuat aksi bersama pasukan kebangsaan Perancis dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berkesudahan seri 1-1.
Dan pendedahan Lyon ini dibuat empat jam sebelum laporan mengenai laporan Liverpool dibuat mengenai pembatalan rundingan tersebut.
9 Jun 2018 - 2.18 pagi.
Nabil Fekir will not be joining Liverpool and will be staying at Lyon, the French club have announced.https://t.co/CaCwjxwXMz pic.twitter.com/uadf96x9pP— BBC Sport (@BBCSport) June 9, 2018
9 Jun 2018 - 5.32 pagi
Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Liverpool cuba berunding semula mengenai bayaran dengan Lyon selepas mengetahui masalah perubatan Fekir namun ianya masih belum disahkan lagi.Liverpool Football Club and Nabil Fekir update pic.twitter.com/33kc7S82Hk— Adam Benjamin (@AdamBenjaminLFC) June 9, 2018
Beberapa jam selepas berita mengenai perpindahan Fekir menemui kegagalan, pemain tersebut membuat aksi bersama pasukan kebangsaan Perancis dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berkesudahan seri 1-1.
Mana satu yang betul...siapa 'lipak' siapa?
![]() |
Mana satu yang betul ni? |
Dua hari lalu (8 Jun 2018) sebelum laporan mengatakan pasukan perubatan Liverpool melakukan ujian kesihatan terhadap Nabil Fekir, Lyon menafikan rumors tersebut.
Dan dua hari lalu juga, laporan mengatakan Liverpool telah bersetuju menandatangani Nabil Fekir.
Dan sehari selepas itu, laporan mengenai perpindahan Nabil dikatakan bergantung kepada keputusan perubabatan Nabil Fekir.
Serta awal pagi tadi, laporan mengatakan Liverpool membatalkan rundingan untuk mendapatkan pemain itu selepas mengesahkan kecederaan lama (ACL) yang ada pada Nabil Fekir.
Manakala, presiden Lyon pula mengatakan Nabil Fekir telah pun lulus ujian kesihatan itu.
Terkini terdapat laporan yang mengatakan Liverpool mahu berunding mengenai nilai harga perpindahan pemain itu.
Ada dua cerita yang keluar apabila keputusan nengenai kecederaan lampau Nabil Fekir itu tersebar...
1) Liverpool meminta pengurangan nilai pembelian dan Lyon tidak bersetuju.
2) Liverpool mahu batalkan perjanjian (rundingan) dan Lyon mahu berunding, Liverpool tidak mahu.🤔
Namun yang pastinya pihak Liverpool masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perpindahan ini.
Emre Can and Jon Flanagan will both leave the club upon the expiry of their contracts this summer.— Liverpool FC (@LFC) June 8, 2018
Our full #PL retained list: https://t.co/HuG8VS9p1x
Everybody at #LFC thanks all departing players for their contributions and wishes them the best of luck for the future. pic.twitter.com/5JakqLejT4