Piala Dunia mula diperkenalkan ataupun diwujudkan pada tahun 1930 dan buat kali pertama ianya diadakan di Montevideo, Uruguay.
1930 FIFA World Cup. Kredit foto : Wikipedia |
Kejohanan ini diwujudkan selepas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ketika itu, Jules Rimet berang kerana sukan bola sepak digugurkan dari Sukan Olimpik musim panas.
Beliau mengambil keputusan untuk mempromosikan kembali sukan tersebut dengan mengadakan satu kejohanan antarabangsa, di mana format Piala Dunia pada ketika itu sangat berbeza kerana hanya melibatkan 13 pasukan tanpa sebarang pusingan kelayakan.
Jules Rimet bersama trofi Piala Dunia yang pertama dan nama asal trofi Piala Dunia diambil bersempena nama beliau. Kredit foto : Footyscene |
Penganjuran kali pertama tidak banyak melibatkan negara Eropah, namun ia dianggap berjaya dengan tuan rumah pada ketika itu, Uruguay muncul juara di depan 93,000 penyokong sendiri.
Pasukan yang menyertai Piala Dunia Pertama (1930)
Kumpulan 1 | Kumpulan 2 | Kumpulan 3 |
---|---|---|
Argentina | Yugoslavia | Uruguay |
Chile | Brazil | Romania |
France | Bolivia | Peru |
Mexico |
Tiento, bola yang digunakan pada separuh masa pertama pada perlawanan ahir Piala Dunia 1930. (tiada maklumat pengeluar yang ditemui) |
T-model, bola yang digunakan pada separuh masa kedua pada perlawanan ahir Piala Dunia 1930. (tiada maklumat pengeluar yang ditemui). |
Federale 102, bola yang dikeluarkan oleh ECAS (Ente Centrale Approvvigionamento Sportivi), Itali bagi kejohan Piala Dunia 1934. |
Allen,bola yang dikeluarkan Allen, Perancis bagi kejohan Piala Dunia 1938. (bola dihasilkan dengan 13 panel) |
Kejohanan kembali pada 1950
Piala Dunia kembali pada 1950 apabila ia diadakan di Brazil, di mana pasukan tuan rumah tewas kepada Uruguay dalam perlawanan akhir yang mencatat rekod jumlah kehadiran penonton seramai 200,000 orang di Stadium Maracana, Rio de Janeiro dan perlawanan tersebut dikenali sebagai 'Maracanzo'.
Kejohanan tersebut juga menyaksikan buat kali pertama pasukan England mengambil bahagian setelah pada edisi sebelum ini mereka menarik diri dari menyertai FIFA kerana perbezaan politik dan acara bolasepak itu sendiri sebelum kembali pada 1946.
Duplo T, bola keluaran Superball yang digunakan pada tahun 1950. |
Trofi Piala Dunia, Jules Rimet yang digunakan pada tahun 1930 sehingga 1970. Kredit foto: Getty Images |
England merupakan salah satu pasukan terbaik di dunia ketika itu, namun mereka tewas kepada Amerika Syarikat 0-1 di peringkat kumpulan serta gagal mara ke pusingan seterusnya.
Hanya 13 pasukan yang berkunjung ke Brazil apabila tiga pasukan menarik diri termasuk India, yang mahu beraksi dengan hanya berkaki ayam tetapi ditolak kerana melanggar peraturan, manakala Scotland dan Turki pula membatalkan hasrat kerana masalah kewangan serta kesukaran untuk ke negara Amerika Selatan itu.
Swiss World Champion, bola yang dihasilkan oleh Kost Sport, Basel untuk kejohanan Piala Dunia 1954 dan merupakan bola pertama menggunakan (dihasilkan) dengan 18 panel. |
Top Star, bola yang dihasil oleh Sydsvenska Läder och Remfabriken, Sweeden untuk kejohanan Piala Dunia 1958 dan dipilih daripada 102 calon dalam 'blind test' oleh empat pegawai FIFA. |
Crack Top Star bola yang dihasilkan oleh Chile untuk kejohanan Piala Dunia 1962. |
Challenge 4-star yang dihasilkan oleh syarikat produk sukan Slazenger untuk kejohanan Piala Dunia 1966. |
Permulaan Dominasi ADIDAS
Edisi tahun 1970 menyaksikan Adidas menjadi pembekal bola rasmi Piala Dunia buat kali pertama dan sehingga kini Adidas masih menjadi pembekal dengan bola yang bakal digunakan pada tahun ini (2018) adalah Telstar 18.
Bola yang dikeluarkan Adidas dari tahun 1079 sehingga 2014. kredit foto : Soccer Ball World. |
Trofi baharu pada 1974
Trofi baru yang diperkenalkan ataupun digunakan bermula pada tahun 1974 sehingga kini diberi nama FIFA World Cup. |
Piala Dunia 1974 yang diadakan di Jerman Barat adalah penampilan pertama trofi baharu yang digunakan sehingga sekarang, selepas trofi lama yang sebelum itu pernah dicuri dan dijumpai semula, diserahkan kepada Brazil secara tetap selepas muncul juara sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970.
Penambahan pasukan bertanding - 1982 & 1998
Kejohanan diteruskan setiap empat tahun sekali tanpa perubahan besar sehingga pada 1982 ketika Sepanyol menjadi tuan rumah.
Pada 1982 format telah ditukar dengan pasukan yang bertanding ditambah sebanyak 24 negara buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia, ia diteruskan sehingga 1998, di mana sekali lagi kejohanan tersebut ditambah bilangan penyertaannya kepada 32 pasukan.
2002 - Asia tuan rumah pertama kali
Piala Dunia tahun 2002 mencipta sejarah tersendiri dimana ianya merupakan kali pertama kejohanan ini diadakan diluar benua Eropah dan Amerika.
Ianya turut menggabungkan dua negara penganjuran dengan Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama untuk edisi ke-17.
Dan pasukan Korea Selatan mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya pasukan Asia berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Negara-negara mengikut benua yang pernah menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia. Kredit foto : Wiki |
2010 - Afrika
Piala Dunia diteruskan dengan penganjuran empat tahun sekali melibatkan 32 pasukan dan buat kali pertama kejohanan ini diadakan di benua Afrika adalah pada edisi ke- 19 iaitu tahun 2010 dan Afrika Selatan merupakan negara tuan rumah.
Kejohanan edisi tersebut menyaksikan Sepanyol muncul juara buat kali pertama.
Kejohanan edisi tersebut menyaksikan Sepanyol muncul juara buat kali pertama.
Kali Ke-2 : Brazil
Tahun 2014, Piala Dunia kembali ke Brazil walaupun persiapan negara itu diganggu dengan masalah infrastruktur serta demonstrasi daripada rakyat yang menganggap penganjuran kali ini sangat membazir.
Dan buat kali ke-2 selaku tuan rumah Brazil gagal menjuarai kejohanan yang paling berprestij ini.
Baca : Senarai tuan rumah Piala Dunia dan pencapaian yang dicapai.
Dan buat kali ke-2 selaku tuan rumah Brazil gagal menjuarai kejohanan yang paling berprestij ini.
Baca : Senarai tuan rumah Piala Dunia dan pencapaian yang dicapai.
Dua Benua - Rusia
FIFA telah mengambil langkah untuk mempromosikan sukan tersebut di negara baharu, termasuk Rusia yang menjadi tuan rumah pada 2018.
Ia dianggap sebagai Piala Dunia pertama yang diadakan di dua benua melihat kepada saiz negara tersebut.
Peta lokasi stadium pada Piala Dunia 2018 Rusia. Kredit foto : Euronews |
Asia Kali Kedua
Piala Dunia 2022 juga akan mencipta sejarah kerana kali pertama diadakan di Timur Tengah dengan Qatar bakal menjadi tuan rumah, namun penganjuran itu sudah berdepan dengan isu lokasi, suhu yang mampu mencecah sehingga 50 darjah Celcius.
Sumber: Utusan, Wikipedia, Wiki, World Cup, FIFA World Cup
Kredit foto : Twitter |
Tahun | Perlawanan Akhir | Juara |
---|---|---|
1930 | Uruguay VS Argentina | Uruguay |
1934 | Itali VS Czechoslovakia | Itali |
1938 | ItaliVS Hungary | Itali |
1942 | perang dunia ke-2 | ----- |
1946 | perang dunia ke-2 | ----- |
1950 | Uruguay VS Brazil | Uruguay |
1954 | Jerman VS Hungary | Jerman |
1958 | Brazil VS Sweden | Brazil |
1962 | Brazil VS Czechoslovakia | Brazil |
1966 | England VS Jerman | England |
1970 | Brazil VS Itali | Brazil |
1974 | Jerman VS Belanda | Jerman |
1978 | Argentina VS Belanda | Argentina |
1982 | Itali VS Jerman | Itali |
1986 | Argentina VS Jerman | Argentina |
1990 | Jerman VS Argentina | Germany |
1994 | Brazil VS Itali | Brazil |
1998 | Perancis VS Brazil | Perancis |
2002 | Brazil VS Jerman | Brazil |
2006 | Itali VS Perancis | Itali |
2010 | Sepanyol VS Belanda | Sepanyol |
2014 | Jerman VS Argentina | Jerman |
Sumber: Utusan, Wikipedia, Wiki, World Cup, FIFA World Cup