Steven N’Zonzi dibenarkan sertai Arsenal

Steven N’Zonzi dibenarkan sertai Arsenal. Kredit foto : talkSPORT

Ketua kelab hantar mesej umum kepada Unai Emery, beritahu bos Arsenal nilai yang perlu dibayar.



Pengarah Sukan baharu Sevilla, Joaquin Caparros beri kebenaran kepada Steven N'Zonzi (29 tahun) untuk tinggalkan kelab itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

 Joaquin Caparros, 62 tahun merupakan Pengarah Sukan Sevilla yang baru dilantik pada 28 Mei lalu setelah Pablo Machín dilantik menjadi Pengendali baharu Sevilla menggantikan Montella. Sebelum itu, Caparros bertindak selaku 'caretaker' selama sebulan sebelum ketibaan Machín. Kredit foto : Radio Seville.
Pemain kebangsaan Perancis itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan kedudukannya bersama kelab Sepanyol tersebut dan cuba untuk berpindah keluar pada jendela pemindahan Januari lalu. 

Walau bagaimanapun, tindakan Sevilla memecat pengendali pasukan, Eduardo Berizzo pada Disember lalu dan menggantikannya dengan Vincenzo Montella pada bulan yang sama berjaya meredakan situasi yang melanda N’Zonzi.

N'Zonzi meneruskan khidmat beliau bersama Sevilla sehingga penghujung (menamatkan saingan) musim 2017/18 dan media Speanyol, AS melaporkan pemain tengah itu berjaya menarik perhatian dua kelab Inggeris dengan Arsenal dan Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Bekas pemain tengah Blackburn Rovers dan Stoke City ini mempunyai klausa pelepasan bernilai €40 juta (£35 juta) dalam kontraknya bersama Sevilla. 

Bekas jurulatih Sevilla, Unai Emery kini menjadi Ketua Jurulatih baharu Arsenal dan Caparros telah memberitahu kepada pengendali Arsenal itu apa yang perlu mereka (Arsenal) lakukan jika mahu menandatangani N'Zonzi:

"Adakah itu khabar angin atau adakah ianya sesuatu yang benar (pasti)?" Unai Emery telah memanggil kamu (N’Zonzi)? Jika benar, sebagai seorang yang berjaya, Unai Emery tahu apa yang perlu dilakukan oleh kelab itu. Jika beliau mahukan N'Zonzi, beliau perlu bertindak dan meletakkan nilai (bidaan). Dan tawaran (bidaan) itu adalah klausa, jika beliau meletakkan tawaran itu (tebus klausa pelepasan), maka tidak ada lagi rundingan (mengenai bayaran), "kata Caparros kepada Radio Seville.

Caparros juga mengakui ada kemungkinan buat N'Zonzi menandatangani kontrak baru bersama mereka, jika pengurus baru Sevilla, Pablo Machin memutuskan untuk menolak penjualan dan mahu mengekalkan pemain tersebut.

"Kami juga boleh melanjutkan kontrak, jika jurulatih memberi isyarat lampu hijau. Segala-galanya boleh dilakukan, "katanya lagi.

Rekod penampilan Steven N’Zonzi musim 2017/18

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
LaLiga 27 1 2 2,215'
Champions League 8 - - 675'
Copa del Rey 7 - - 623'
Champions League Qualification 2 - - 180'
JUMLAH 44 1 2 3,693'

Post a Comment

Previous Post Next Post