4 perubahan utama dilakukan Emery selepas era Wenger

Emery telah melakukan empat perubahan utama Arsenal.

Arsenal telah memulakan latihan pra-musim minggu ini dan Unai Emery tidak membuang masa untuk melaksanakan beberapa perubahan selepas mengambil alih daripada Arsene Wenger.

Emery dan orang kanan beliau, Juan Carlos Carcedo telah menerajui sesi latihan tersebut dengan dibantu oleh barisan jurulatih yang telah diberikan kepercayaan oleh beliau.

Walaupun latihan pra-musim itu tidak dihadiri oleh kesemua pemain ekoran ada pemain yang terlibat dengan Kejohanan Piala Dunia dan ini telah memberikan peluang buat pemain muda seperti Joe Willock, Ainsley Maitland-Niles dan Emile Smith-Rowe untuk menarik perhatian Emery.

Peluang buat pemain-pemain muda tersebut untuk 'memikat' Emery bagi beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal dan sudah tentu latihan khas bakal diberikan kepada mereka jika berjaya menawan hati Emery.

Selepas menamatkan musim lalu sedikit mengecewakan, Emery dilihat cuba untuk menaikkan kembali prestasi dan imej Arsenal.

Dan pengendali Sepanyol itu telah membuat beberapa perubahan di Arsenal dengan kedua-duanya di atas dan di luar padang.

Menurut Football London, sesi latihan Emery telah menyaksikan tumpuan utama diberikan dengan mengawal dan bekerja dengan bola, dan bukannya latihan kecergasan yang biasa dilakukan ketika dibawah era Wenger bagi latihan pra-musim.

Selain penekan terhadap kawalan dan perhatian terhadap bola, pemain-pemain juga diberikan latihan bagi meningkatkan tahap kelajuan (pace) pemain pada sesi latihan pra-musim ini. 

Emery juga dilaporkan telah menyekat penggunaan telefon bimbit terhadap pemain ketika waktu makan bagi menggalakkan interaksi dengan rakan sepasukan mereka.

Penggunaan telepon tidak dibenarkan ketika makan.
Pengendali Arsenal itu juga telah membuat satu lagi perubahan penting waktu makan dimana pemain dari skuad Bawah 18 dan Bawah 23 tahun menikmati waktu makan yang sama dengan pasukan utama.

Laporan itu juga mendakwa bahawa Emery mengambil pendekatan lebih banyak daripada Wenger semasa sesi latihan namun pemain bertindak balas dengan baik terhadap kaedah yang diterapkan beliau itu.

Sesuatu yang menarik buat kita apabila melihat Emery berusaha kuat untuk membuat peningkatan drastik Arsenal dalam kempen sulungnya bersama Arsenal.

#InEmeryWeTrust

Post a Comment

Previous Post Next Post