Arsenal sedia korban Aaron Ramsey bagi pemain Barcelona.

Arsenal dikatakan telah membuat tawaran untuk pemain Barcelona dan dikatakan sedia menjual Aaron Ramsey menurut laporan.

Dakwaan akhbar Inggeris The Independent minggu ini mengatakan bahawa Arsenal berminat mendapatkan pemain Barcelona, Andre Gomes.

Bulan April lalu turut dikatakan (baca disini) Arsenal berminat untuk mendapatkan Gomes dan rumors ini menjadi semakin hangat diperkatakan ketika ini

Barcelona dilaporkan berminat untuk menjual pemain tengah kelahiran Portugal yang menyertai mereka pada tahun 2016.

Dan mereka (Barcelona) mengalu-alukan mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu. 

Menurut akhbar Catalan, Mundo Deportivo, Gomes dilaporkan telah menerima empat tawaran dengan pemain tersebut kini sedang meneliti kesemua tawaran tersebut.

Salah satu daripada kelab yang dilaporkan telah membuat tawaran kepada Gomes adalah Arsenal, yang dikatakan sedia membuat 'pengorbanan' bagi menjayakan perjanjian perpindahan tersebut.


Pengorbanan yang dimaksudkan adalah dengan melepaskan (menjual) Aaron Ramsey. (Ramsey keluar, Gomes masuk).

Ramsey mempunyai setahun lagi kontraknya bersama Arsenal dan sesuatu perlu dilakukan oleh Arsenal dalam masa terdekat ini mengenai masa depan pemain kebangsaan Wales itu.

Namun pada pandangan penulis, menjual Ramsey bukanlah jalan terbaik untuk mendapatkan Gomes memandangkan prestasi Ramsey jauh lebih baik berbanding pemain Barcelona itu berdasarkan saingan musim lalu.

Dan jika Arsenal benar-benar mahukan Gomes, ianya merupakan satu perjudian yang tinggi untuk mengembalikan kegemilangan Arsenal dengan menjual Ramsey. Mungkin pemain lain dan bukannya Ramsey.

Penulis juga tidak merasakan bahawa Arsenal sedia melepaskan Ramsey untuk Gomes dan ini mungkin permainan media Catalan itu dimana mereka lebih berminat untuk melihat perpindahan ini berlaku berbanding peminat dan penyokong Arsenal.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami diruangan komen dibawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post