Arsenal dilaporkan berminat dapatkan pemain Crotia yang beraksi pada perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Domagoj Vida. Kredit foto : Sky Sports

Wartawan Milliyet, Serdar Saridag mendakwa Arsenal berminat untuk menandatangani pertahanan Besiktas, Domagoj Vida.



Sebelum ini media Turki itu mendakwa bahawa pertahanan Besiktas, Vida dikatakan menjadi sasaran West Ham dan kelab Inggeris tersebut turut dikatakan telah membuat tawaran kepada Besiktas untuk menandatanganinya.

Namun dalam perkembangan terkini, media Turki - Milliyet itu mendakwa bahawa Arsenal ketika ini cuba merisik pertahanan Crotia berusia 29 tahun itu.

Menurut Milliyet, Presiden Besiktas, Fikret Orman dilaporkan teruja dengan minat yang ditunjukkan daripada Arsenal terhadap Vida kerana beliau yakin dengan perkembangan tersebut ianya mampu meningkatkan tawaran bagi bayaran perpindahan pemain Crotia itu.

Sebelum ini, West Ham dilaporkan telah menawarkan sebanyak €22 juta untuk menandatangani Domagoj Vida.

Besiktas dilaporkan ingin membawa sekurang-kurangnya sebuah lagi kelab Inggeris ke meja rundingan untuk meningkatkan nilai pemain tersebut dan laporan Saridag menerusi media tersebut mendakwa bahawa kelab Turki itu ingin menjual Vida pada bayaran perpindahan tertinggi dalam sejarah Super Lig Turki.

Rekod perpindahan (penjualan pemain) kini dipegang oleh Cenk Tosun, yang berpindah ke Everton pada bulan Januari lalu dengan nilai perpindahan yang dilaporkan mencecah £26 juta.

Dan Besiktas dikatakan ingin melepaskan Vida pada harga melebihi nilai perpindahan tersebut.

Cenk Tosun merupakan pemegang rekod perpindahan tertinggi Liga Turki : Kredit Foto: Football365
Orman kini dijangka berlepas ke England untuk mengadakan perbincangan dengan kelab-kelab yang berminat terhadap Vida dengan Liverpool, West Ham dan kini Arsenal turut dikatakan berminat untuk menandatangani pertahanan tengah Crotia itu.

Vida kini sedang bercuti ekoran baru sahaja selesai tugasan bersama skuad kebangsaan Crotia yang menamatkan Kejohanan Piala Dunia 2018 ditempat kedua.

Pun begitu, pemain itu tidak dijangka kekal bersama kelab Besiktas memandangkan jumlah minat yang di terima beliau daripada kelab Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Ranking nilai pasaran semasa Vida, beliau bernilai £ 10.8 juta ketika ini.
Perpindahan berpotensi ini mungkin tidak dapat dielakkan dan ianya menarik untuk diikuti bagi mengetahui adakah Arsenal benar-benar berminat untuk menandatangani pemain tersebut ataupun ianya sekadar dipergunakan untuk meningkatkan nilai perpindahan semata-mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post