Arsenal meneruskan revolusi luar padang dengan pengambilan bekas pakar data Candy Crush Rusia

Mikhail Zhilkin pakar data Candy Crush.

Menurut Training Ground Guru, Zhilkin akan menggunakan kemahiran analisisnya untuk membantu Arsenal.

Zhilkin mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang untuk tugas tersebut bersama Arsenal walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam dunia bolasepak.

Beliau adalah lulusan Institut Moscow dalam bidang Fizik dan Teknologi dan mempunyai Sarjana Sains (Master) dalam bidang Fizik Gunaan dan Matematik.

Semasa masih seorang pelajar, beliau telah menubuhkan ZX Games, sebuah projek dalam talian yang menjual permainan video klasik seperti Lode Runner dan Boulder Dash yang disifatkan sangat berjaya.

Pada bulan Februari 2013, beliau telah dilantik sebagai saintis data untuk King.com, syarikat di belakang franchise Candy Crush yang sangat berjaya dan menjadi peneraju teknikal.

Zhilkin adalah ahli sains data di belakang kejayaan dua edisi permainan yang paling popular oleh firma tersebut iaitu Candy Crush Soda dan Candy Crush Jelly.

Candy Crush Soda.
Menurut laporan, Zhilkin akan bertanggungjawab dan memberi tumpuan kepada kecederaan dan data fizikal buat pasukan Arsenal dan bakal bekerja bersama Pengarah Prestasi pasukan (director of high performance) Darren Burgess.

Kemasukan beliau itu dijangka dapat mengurangkan serta mengatasi masalah kecederaan yang seringkali menghantui kelab terutamanya kepada pemain bintang yang berpotensi.

Idea ini adalah untuk mendapatkan pandangan secara individu mengenai setiap pemain, supaya latihan dan pemulihan dapat dibuat dengan sebaik mungkin. 

Serta pengambilan Zhilkin itu juga dilihat sebagai kesinambungan usaha ketua eksekutif, Ivan Gazidis untuk mengumpul kepakaran dan idea yang menyeluruh dari pelbagai bidang dalam usaha beliau untuk membina organisasi yang dapat mengatasi kuasa perbelanjaan kelab.

Post a Comment

Previous Post Next Post