Arsenal mahukan pemain tengah Juventus, Rodrigo Bentancur

Arsenal mahukan pemain tengah Juventus, Rodrigo Bentancur. Kredit foto: Juventus

Arsenal dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain tengah Juventus menurut laporan.

Media Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Arsenal berminat untuk menandatangani pemain tengah Juventus dan Uruguay, Rodrigo Bentancur.

Bentancur 21 tahun, merupakan pemain kelahiran Uruguay dilaporkan memiliki bakat dan dikatakan mempunyai masa hadapan yang sangat cerah selaku pemain tengah.

Bentancur memulakan karier awalnya di Argentina dengan menyertai Boca Juniors pada tahun 2009 yang mana beliau telah membuat 57 penampilan bersama kelab tersebut dalam kesemua kejohanan.

Beliau turut menjaringkan satu gol dan menghasilkan tiga bantuan sepanjang karier beliau bersama Boca Juniors (2009 -2017).

Juventus, pada Julai 2017 telah mengeluarkan belanja berjumlah £9.45 juta untuk mendapatkan beliau dari Boca Juniors.

Rekod Penampilan
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Primera División 51 1 3
Serie A 20 - -
Copa Libertadores 6 - -
UEFA Champions League 5 - -
Coppa Italia 2 - -
Supercoppa Italiana - - -
JUMLAH 84 1 3

Bentancur membuat 27 penampilan untuk gergasi Itali itu dalam semua pertandingan musim lalu, termasuk lima kali dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bagaimanapun, Bentancur masih gagal untuk menempatkan diri dikalangan barisan permulaan Juventus  (kesebelasan utama) semenjak menyertainya.

Bentancur diibaratkan pemain serba boleh (beraksi dimana-mana posisi) walaupun posisi utama beliau adalah pada bahagian tengah (center midfielder).

Rekod penampilan mengikut posisi
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Central Midfield 50 1 3
Attacking Midfield 6 - -
Right Midfield 6 - -
Left Midfield 4 - -
Defensive Midfield 4 - -

Walaupun Bentancur mengharungi musim 2017/18 bersama Juventus dalam keadaan baik, namun kecemerlangan prestasi beliau pada Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia bersama skuad kebangsaan Uruguay dikatakan berjaya menarik perhatian beberapa kelab Eropah, termasuklah Arsenal.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Serie A 20 - -
Champions League 5 - -
Coppa Italia 2 - -
Supercoppa TIM - - -
JUMLAH 27 - -

Bentancur beraksi dalam kesemua lima perlawanan Piala Dunia Uruguay di Rusia, di mana beliau berjaya menghasilkan satu bantuan gol untuk Uruguay ketika bertemu Portugal pada pusingan 16.

Statistik Bentancur di Piala Dunia 2018
Adakah kita akan dapat menyaksikan rakan senegara Lucas Torreira iaitu Bentancur menyertai Arsenal?

Dan Adakah Emery mahu menggandingkan dua pemain tengah Uruguay ini bersama Arsenal?

Atau adakah Mislintat dan Sanllehi berminat untuk membawa pemain muda ini  menyertai Arsenal musim depan sebagai satu pelaburan jangka panjang?

Rodrigo Bentancur ketika ini dianggarkan bernilai £13- 15 juta dan mempunyai kontrak bersama Juventus sehingga 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post