Naib Presiden Kelab sahkan tawaran 'sangat bernilai' dibuat untuk pemain sasaran Arsenal dan Chelsea.

Sekiranya AS Monaco berjaya, Chelsea dan Arsenal akan melihat Aleksandr Golovin beraksi di Ligue 1 berbanding di kelab masing-masing.

Menurut Naib Presiden Kelab AS Monaco, Vadim Vasiliev, sebagaimana dilaporkan oleh Sport-Express Rusia, tawaran telah dibuat terhadap bintang Piala Dunia itu.

Vadim Vasiliev, Naib Presidenn Monaco. Kredit foto : Monaco Hebdo
Beliau berkata: "Kami membuat tawaran kepada CSKA. Saya tidak boleh mengatakan jumlah tawaran tersebut, tetapi ia sangat berbaloi. Tempoh kontrak? Standard, lima tahun. "

Ahli perniagaan itu terus menerangkan langkah tersebut adalah yang terbaik untuk semua pihak terlibat, membolehkan pemain tengah menyerang itu untuk terus berkembang dalam liga yang lebih baik sebelum mendapat langkah besar ke puncak, seperti Kylian Mbappé.

Vasiliev juga mengatakan bahawa segala-galanya perlu diputuskan dalam masa terdekat ini dan mungkin pada Selasa ini (waktu Malaysia).

Dan sekiranya proses tersebut tidak berjalan lancar dan menemui kegagalan, mereka akan segera mengalihkan usaha mereka kepada sasaran lain tanpa membuang masa.

Bagi Chelsea dan Arsenal yang masih dikaitkan dengan Golovin, jika minat mereka adalah benar dan berhasrat untuk mendapatkan pemain tersebut, mereka perlulah bergerak pantas sebelum keputusan dibuat oleh CSKA Moscow terhadap tawaran bernilai yang dilakukan oleh Monaco itu.

Mengenai tawaran yang 'sangat bernilai' terhadap CSKA Moscow, pihak Rusia sebelum ini didakwa meminta sekitar €30 juta, yang mana ianya bukan jumlah yang sangat besar, walaupun untuk sebuah kelab seperti Monaco.

Monaco sahkan tawaran telah dibuat bagi mendapatkan Golovin. Kredit foto : Mirror
Lebih-lebih lagi kewangan Monaco yang mana baki kewangan mereka masih lagi banyak setelah berjaya melakukan penjualan mega pemain mereka sebelum ini.

Juventus juga dikaitkan bersama The Blues dan The Gunners, tetapi dengan kemasukan Cristiano Ronaldo, ia dapat difahami minat kelab Itali itu mungkin tidak akan diteruskan untuk mendapatkan bintang muda Rusia ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post