Perpindahan Monreal 'terlalu mahal' buat kelab Sepanyol

Pertahanan kiri Arsenal, Nacho Monreal dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol dengan kelab Real Sociedad dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Sebelum ini beliau dikatakan menjadi sasaran Athletic Bilbao, namun dalam laporan yang dikeluarkan oleh Mundo Deportivo, Real Sociedad merupakan pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan Monreal.

Namun, menurut laporan itu juga, rancangan Real Sociedad itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana Arsenal dilaporkan tidak mahu melepaskan Monreal dengan harga dibawah pasaran.

Sementara itu, AS mengesahkan bahawa Real Sociedad sudah membuat perbincangan bersama  ejen Monreal yang mana ianya dikatakan berjalan lancar.

Laporan itu juga mendakwa bahawa Real Sociedad telah membuat tawaran terhadap Arsenal namun tiada perkembangan kukuh susulan tawaran yang dilakukan itu. 

Dengan kontrak Monreal bakal berakhir pada Jun 2019, Arsenal mungkin mengekalkan pemain tersebut berada ditahun terakhir bersama kelab memandangkan usia Monreal bakal mencecah 33 tahun pada Februari 2019.

Petikan laporan Mundo Deportivo.
Mundo Deportivo melaporkan bahawa Real Sociedad melihat rancangan mereka untuk membawa Monreal menyertai mereka musim depan (2018/19), bakal menemui kegagalan ekoran tindakan Arsenal yang dikatakan mahu melepaskan Monreal pada harga 'terlalu tinggi'.

Dan kelab Sepanyol itu juga dilaporkan keberatan untuk memenuhi tuntutan bayaran perpindahan oleh Arsenal bagi mendapatkan pemain berusia 32 tahun itu.

Dalam pada itu, Monreal tidak disenaraikan oleh Emery bagi skuad 25 pemain Arsenal yang mengikuti jelajah pra musim di Singapura.

Senarai 25 pemain Arsenal pada jelajah pra musim 2018
Ini secara langsung mencetuskan persoalan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal mengenai masa depan Monreal bersama Arsenal musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post