Apakah syarat untuk pemain bolasepak antarabangsa untuk mendapatkan permit kerja?

Peraturan baru FA England mengenai permit kerja pada tahun 2015 menjadikannya lebih sukar buat pemain bukan Eropah (non-EU) untuk beraksi di UK.



Liga Perdana Inggeris (EPL) dibawah kelolaan Persatuan Bola Sepak England memberikan tanggungjawab kepada Premier League untuk menguruskan perjalanan liga tersebut.

Namun undang-undang dan peraturan masih dikawal selia oleh badan induk tertinggi bolasepak negara tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa Liga Perdana Inggeris merupakan antara liga terbaik dan paling kompetitif didunia ketika ini.

Maka tidak hairanlah begitu ramai pemain bolasepak serata dunia ingin mencari peluang untuk beraksi di England ataupun UK.

Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak England ataupun FA telah memperketatkan peraturan dan undang-undang mengenai permit kerja untuk pemain bolasepak luar Eropah menyertai liga mereka.

Tujuan utama perubahan itu yang turut mendapat sokongan Home Office, adalah bagi memberi lebih banyak peluang kepada pemain-pemain tempatan ataupun pemain akademi untuk beraksi didalam liga mereka.

*Home Office (HO) adalah salah Jabatan Kementerian Kerajaan UK yang bertanggungjawab ke atas imigresen, keselamatan dan undang-undang dan ketenteraman.

Peraturan sebelum itu menyaksikan pemain bukan EU perlu memainkan 75 peratus perlawanan kompetitif bersama skuad kebangsaan negara mereka dalam tempoh dua tahun terakhir, jika negara tersebut berada di ranking 70 teratas mengikut ranking FIFA.

Namun, undang-undang terbaru telah diperketatkan lagi dengan negara tersebut (pemain bukan EU) perlu berada di ranking 50 teratas mengikut ranking FIFA.

Apakah syarat untuk pemain bolasepak antarabangsa untuk mendapatkan permit kerja di UK?

Pergerakan bebas pekerja.

Sebagai ahli Kesatuan Eropah, seorang 'pekerja' boleh bergerak bebas dalam Negara Anggota Kesatuan Eropah (EU) tanpa memerlukan permit kerja dan visa. 

Pemain bolasepak dianggap 'pekerja' untuk tujuan ini dan oleh itu mereka mempunyai hak untuk menggunakan perjanjian EU dalam bermain bolasepak di UK. 

Dengan pergerakan pekerja bebas ini, kelab bolasepak di England boleh mendapatkan khidmat pemain bolasepak UE tanpa perlu memohon permit kerja dan visa.

Keputusan Bosman

Keputusan Bosman yang dibuat lebih daripada 20 tahun lalu juga membolehkan pemain dari dalam EU untuk bergerak bebas menyertai mana-mana kelab yang berpangkalan di Negara Anggota EU apabila mereka tidak lagi berada di bawah atau terikat kontrak dengan mana-mana kelab.

Tetapi bagaimana pula dengan pemain bolasepak bukan EU?

Pemain mana yang memerlukan permit kerja?

Pemain bolasepak dari luar EU masih perlu mendapatkan permit kerja jika mereka mahu bermain untuk kelab bolasepak Inggeris. 

Setiap pemain bolasepak bukan EU mesti memperolehi kebenaran dan berjaya melepasi permohonan yang dibuat daripada Governing Body Endorsement (GBE) dengan FA sebelum Home Office akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan permit kerja.

Peraturan baru ini diperketatkan dan kini hanya pemain bukan EU yang bermain diperingkat antarabangsa dan diperingkat tertinggi sahaja yang mana ianya dianggap akan memberikan sumbangan penting kepada pembangunan sukan bolasepak, dibenarkan bermain di UK. 

Salah satu sebab perubahan peraturan itu dibuat adalah kerana 58% pemain bolasepak yang diberikan visa dan permit kerja sebelum ini berjaya membuat penampilan dan beraksi untuk pasukan / kelab yang di sertai mereka.

Selebihnya, pemain tersebut lebih banyak berada dibangku simpanan dan tidak digunakan.

Apakah kriteria yang akan digunakan?

Sehingga 2015, pemain bolasepak perlu bermain untuk sekurang-kurangnya 75% perlawanan antarabangsa bersama skuad senior negara mereka dalam tempoh dua tahun terakhir untuk mereka dibenarkan bermain di UK.

Kelayakan untuk GBE mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kini bergantung kepada ranking FIFA pasukan kebangsaan, seperti berikut:

Ranking Rasmi FIFA Keperluan %  aksi penampilan antarabangsa dalam tempoh 2 tahun
FIFA 1-10 sekurang-kurangnya 30%
FIFA 11-20 sekurang-kurangnya 45%
FIFA 21-30 sekurang-kurangnya 60%
FIFA 31-50 sekurang-kurangnya 75%

Bagi kes pemain berumur 21 tahun ke bawah pada masa permohonan, tempoh itu dikurangkan kepada satu tahun.

Tujuannya adalah untuk mempermudah pemain muda berbakat itu untuk mengembangkan permainan mereka di UK.

Namun jika permohonan kelab ditolak, mereka masih lagi mampu membuat rayuan kepada panel pengecualian.

Panel Pengecualian adalah badan rayuan yang akan mempertimbangkan permohonan (rayuan) berdasarkan sistem mata, pengalaman pemain dan nilai sebelum memutuskan sama ada sesorang pemain itu boleh menyertai kelab atau tidak, tanpa mengira permohonan mereka yang gagal sebelum itu.

Penilaian yang lebih ketat terhadap kriteria objektif yang relevan kini akan digunakan dalam rayuan tersebut.
Siapa yang perlu mengemukakan permohonan itu?

Secara teknikalnya, pemain tersebut adalah bertanggungjawab untuk melakukan permohon itu, tetapi kebiasaan buat kelab yang ingin menandatangani pemain  tersebut yang akan memohon permit kerja, dan ia mesti bersetuju untuk menaja pemain itu di UK.

Kelab akan mengeluarkan sijil tajaan yang mesti dikemukakan kepada FA untuk pertimbangan GBE.

Jika ditolak, kelab boleh merayu (lihat proses diatas).

Sekiranya surat kebenaran GBE dikeluarkan, permohonan permit kerja boleh dilakukan (dibuat).

Apakah status imigresen pemain?

Pemain bolasepak bukan EU boleh memohon permit kerja peringkat 2 atau peringkat 3, tahap yang relevan bergantung pada pemahaman dan penguasan terhadap bahasa Inggeris.

Jika memperolehi peringkat 2, pemain hanya boleh tinggal di UK untuk tempoh selama tiga tahun dengan mampu untuk melanjutkan menjadi dua tahun lagi.

Bagaimanapun, pemain tersebut perlu mempunyai 70 mata imigresen (50 untuk sokongan FA; 10 untuk membuktikan dia mempunyai dana yang mencukupi untuk tinggal di UK dan 10 dalam penguasaan Bahasa Inggeris).

Peringat 5 pula, pemain hanya boleh tinggal untuk tempoh selama satu tahun sahaja. Walau bagaimanapun, pemain tersebut masih boleh membuat ujian bahasa Inggeris dan, jika ianya mencatat keputusan yang memuaskan, pemain tersebut boleh memohon status peringkat 2.
Apa yang akan berlaku jika kelab ingin mengekalkan pemain atau memperbaharui kontraknya selepas kontrak terdahulu tamat?

Sekiranya pemain tidak mempunyai permit kerja yang sah, mereka tidak boleh bermain untuk kelab sehingga permit kerja yang sah diperolehi.

Jika kelab ingin mengekalkan khidmat seseorang pemain itu, maka ia mesti memohon untuk tempoh lanjutan sebelum permit terdahulu tamat.

Jika pemain memenuhi kriteria yang diperlukan, ia akan diberikan untuk tempoh berdasarkan kontrak pemain tersebut bersama kelab, namun jika pemain tidak memenuhi kriteria tersebut, kelab masih boleh membuat rayuan.

Jika kelab ingin memperbaharui kontrak pemain, ia perlu memohon permit kerja yang baru seperti yang diterangkan di atas.

Sumber Rujukan: Sky Sports, Premier League, FA England dan lain-lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post