Petr Cech Berwajah Baru dan Tidak Mahu Mengalah

Kedudukan Petr Cech selaku No. 1 di Arsenal mungkin berada di bawah ancaman namun penjaga gol veteran itu tidak mahu mengalah begitu mudah.



Kemasukan Bernd Leno seakan-akan memberi amaran kepada beliau untuk kehilangan posisi selaku penjaga gol utama Arsenal musim depan dan beliau melakukan yang terbaik untuk terus mengekalkan posisi tersebut menjadi milik beliau.

Selain Cech dan Leno, Arsenal ketika ini masih mempunyai tiga lagi penjaga gol dengan memiliki David Ospina, Emiliano Martinez dan Matt Macey.

Namun Emery telah menegaskan bahawa beliau akan menilai dan menguji kesemua penjaga gol Arsenal itu sebelum memutuskan siapakah yang layak menjadi nombor 1 Arsenal.

Cech jelas telah berusaha untuk mengekalkan kedudukan beliau selaku nombor 1 Arsenal daripada dirampas oleh rakan sepasukannya apabila beliau kelihatan begitu 'sado' dalam aksi tertutup menentang Crawley.

Rupa fizikal terbaru Petr Cech kelihatan begitu berbeza.
Mampukah Cech mengekalkan posisi beliau musim depan selepas melakukan perubahan begitu mendadak pada fizikal beliau?

Yang pasti beliau begitu berusaha keras demi memastikan prestasi dan kecemerlangan beliau yang melayakkan beliau kekal sebagai nombor 1.

Post a Comment

Previous Post Next Post