Jack Wilshere: Situasi mungkin berbeza jika Wenger masih kekal

Mungkin masih ada yang sukar menerima kenyataan bahawa Jack Wilshere bukan lagi pemain Arsenal.


Satu ketika, beliau pernah mengatakan bahawa beliau tidak memerlukan ejen pemain kerana beliau tidak akan sesekali meninggalkan Arsenal.

Namun faktor dorongan untuk beraksi begitu kuat disamping mencari peluang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan menyebabkan beliau membuat keputusan yang paling sukar dalam karier bolasepaknya.

Wilshere menyertai West Ham awal bulan ini selepas gagal dalam menandatangani kontrak baru untuk terus kekal berada di Emirates.

Kontrak tiga tahun tetap ditawarkan kepada beliau namun pemain berusia 26 tahun itu tahu, beliau akan mempunyai peranan yang kurang bersama pasukan di bawah kendalian Emery dan sebaliknya beliau memilih untuk memulakan babak baru dalam kerjayanya.

Kini Wilshere telah mendedahkan bahawa Arsene Wenger merupakan antara orang pertama yang dihubungi beliau bagi memberitahu mengenai keputusan beliau untuk meninggalkan Emirates.


"Beliau adalah faktor terbesar dalam hidup saya di Arsenal," kata bekas pemain tengah Arsenal itu sebagaimana dipetik Evening Standard

"Tahun lalu ketika beliau memberitahu kepada saya bahawa saya boleh meninggalkan kelab, saya mengenali beliau, saya tahu beliau percaya kepada saya dan saya tahu beliau akan menurunkan saya jika saya bermain dengan baik dalam latihan. Tahun ini berbeza."

"Apabila beliau pergi, saya mahu mendengar pandangan beliau mengenai masa depan saya bersama Arsenal, haruskah saya kekal atau tidak. Dan kami berbual beberapa kali mengenai ini."

"Jelas sekali beliau tidak lagi mempunyai sifat kesetiaan kepada Arsenal apabila menyerahkan segalanya kepada saya. Beliau memberitahu saya apa yang difikirkannya sebagai seorang pemain bolasepak."

"Beliau berkata hanya saya sahaja yang mampu membuat keputusan mengenai masa depan saya. Saya fikir bahawa beliau merupakan orang pertama yang patut tahu mengenai keputusan yang dibuat oleh saya. "

Wilshere merupakah salah seorang daripada tujuh pemain baru yang menyertai West Ham pada musim panas ini yang mana kelab tersebut telah membelanjakan hampir £100 juta untuk membawa pemain baru termasuk pemain tengah Brazil, Felipe Anderson dan penyerang Ukraine, Andriy Yarmolenko.

Post a Comment

Previous Post Next Post