Pierre-Emerick Aubameyang cipta rekod baru ketika latihan pra musim

Pierre-Emerick Aubameyang telah mencatatkan rekod baru bersama Arsenal dan beliau melakukannya ketika menjalani latihan pra musim bersama pasukan.


Bekas pemain Borussia Dortmund, Aubameyang menyertai Arsenal dengan rekod perpindahan termahal yang pernah dilakukan The Gunners apabila nilai perpindahan beliau mencecah sebanyak £56 juta pada musim lalu (perpindahan Januari 2018) .

Dan pencapaian beliau setakat ini boleh dikatakan berbaloi apabila telah menjaringkan 10 gol dalam 13 penampilan disamping menghasilkan empat bantuan gol dalam saingan liga bersama Arsenal.

Selain mencatatkan dan memecahkan rekod perpindahan termahal buat Arsenal, Aubameyang sekali lagi telah memecahkan rekod kelab pada sesi latihan pra musim ketika latihan menguji ketangkasan dan kekuatan para pemain.

Beliau telah memecahkan rekod bagi latihan one-legged triple jump dengan mencatatkan rekod baru lompatan, 7m 97cm.

Anda boleh menonton video di bawah.

Kelebihan latihan one-legged triple jump ini adalah :


  • Sprint Speed
  • Speed-Strength
  • Explosive Coordination
  • Reactivity
  • Acceleration and Maximal Speed
  • (maaf penulis mengalami kesukaran untuk menterjemahkan ke bahasa Malaysia). 
    Rujukan : Just Fly Sport.

    Bagaimanapun laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail tidak mendedahkan siapakah pemegang rekod sebelum ini.

    Jika anda tahu, sudi-sudilah kongsi bersama kami.

    Post a Comment

    Previous Post Next Post