Lucas Torreira sedia berpindah ke London menurut bapa pemain tersebut

Lucas Torreira sedia 'mengganas' di Liga Perdana Inggeris. Kredit foto : Daily Star

Lucas Torreira dilaporkan sedia untuk berpindah menyertai Arsenal dan bakal melengkapkan perpindahan tersebut minggu depan.



Pemain berusia 22 tahun itu akan menjadi pemain keempat yang ditandatangani Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini selepas berjaya melengkapkan perpindahan Sokratis (Borussia Dortmund), Bernd Leno (Bayer Leverkusen) dan Stephan Lichtsteiner (Juventus).

Dengan ketinggian 168cm yang dimiliki Torreira serta fizikal beliau tidaklah begitu besar, terdapat keraguan terhadap keupayaan pemain tersebut untuk menyesuaikan diri dengan liga yang lebih fizikal daripada Serie A.

Namun bapa pemain tersebut, Ricardo mendakwa bahawa anaknya telah mempunyai program yang sedia membantu Torreira untuk  menyesuaikan diri di England. 

"Ini perubahan besar tetapi dia tidak akan bersendirian... kita mempunyai program keseluruhan yang telah dilakukan." - Ricardo.

Bapa Lucas Torreira telah menyifatkan langkah anaknya itu untuk Arsenal sebagai 'menakutkan' tetapi menegaskan pemain tengah itu mempunyai sistem sokongan yang baik yang telah disediakan.

"Akan ada orang yang akan menemaninya," katanya kepada Teledoce.

"Dia tidak akan bersendirian, ini merupakan peluang terbaik (pergi ke England) dan kami tidak mahu memikirkannya lagi kerana kami takut."

"Sebenarnya, sukar untuk menguruskan bahasa, menyesuaikan diri dengan masyarakat (London) dan kastam dan pada masa yang sama kita tidak kehilangan peluang."

"Tetapi ada program keseluruhan yang disediakan untuk Lucas."

Torreira dilaporkan (Daily Mail) sedia melengkapkan perpindahan bernilai £25 juta dari Sampdoria ke Arsenal minggu depan.

Torreira kini bersama skuad kebangsaan Uruguay di Piala Dunia di mana mereka bakal menghadapi Perancis pada peringkat suku akhir, Jumaat ini jam 10 malam waktu Malaysia.

Beliau membuat dua penampilan penuh (beraksi 90 minit) ketika menentang Russia dan Portugal.

Rekod dan statistik Torreira di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post