Pierre-Emerick Aubameyang 'usik' penjaga gol termahal dengan bantuan Alexandre Lacazette

Kredit foto : Liverpool FC

Liverpool telah mengesahkan bahawa mereka menandatangani penjaga gol Brazil, Alisson Ramses Becker dengan nilai perpindahan berjumlah £66.8 juta (mengikut sumber).



Nilai perpindahan itu juga menjadikan Alisson Becker merupakan penjaga gol termahal didunia.

Namun, Pierre-Emerick Aubameyang jelas tidak gentar dengan ketibaan penjaga gol paling mahal di dunia itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan (2017/18).

Alisson merupakan penjaga gol No. 1 bagi pasukan kebangsaan Brazil dan berada di depan Ederson, yang merupakan penjaga gol utama Manchester City.

Kehadiran Alisson itu dijangka dapat menyelesaikan masalah pada bahagian paling utama pasukan tersebut selain dijangka mampu menyelamat pintu gol Liverpool musim depan.

Pun begitu, penyerang Arsenal, Aubameyang jelas tidak bimbang dan menggunakan bantuan rakan sepasukannya, Alexandre Lacazette untuk meng 'troll' Alisson dan Liverpool.

Alisson dan Lacazette pernah berhadapan satu sama lain ketika aksi saingan Liga Europa dan dalam satu perlawanan, penyerang Arsenal itu (Lacazette) melepaskan satu rembatan padu yang gagal dihalang dan diselamatkan oleh Alisson.
Aubameyang mendapati video Lacazette 'menghancurkan' Alisson itu dan kemudiannya memberikan respon 'mengusik' pada status twitter sambil meng'tagged' Lacazette.
Kredit foto : Metro
Diharapkan kedua-dua penyerang Arsenal ini mampu 'menghancurkan' Alisson sebagaimana pernah dilakukan Lacazette dahulu untuk saingan liga musim baru 2018/19 nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post