Prestasi Bernd Leno dan Alisson musim lalu (2017/18)

Bernd Leno, penjaga gol baru Arsenal. Kredit foto : Buletin Bola

Liverpool dan Arsenal masing-masing mendapatkan penjaga gol baru bagi menghadapi kempen 2018/19.

Bagaimanapun Liverpool membuat kejutan apabila menandatangani Alisson Becker daripada AS Roma dengan nilai perpindahan yang mencecah £66.8 juta (berdasarkan laporan Sky Sports), dan ianya menjadikan penjaga gol tersebut merupakan termahal di dunia ketika ini.

Alisson penjaga gol termahal dunia menjadi milik Liverpool. Kredit foto :Daily Express
Walaupun Alisson merupakan penjaga gol termahal di dunia ketika ini, namun berdasarkan harga pasaran terkini (semasa) bagi nilai pemain - penjaga gol di seluruh dunia, Jan Oblak dan David de Gea masih mendahului kesemua penjaga gol di dunia dengan nilai pasaran semasa adalah bernilai £63 juta.

Top 20 nilai pasaran semasa (tertinggi) bagi penjaga gol
Rank Pemain Umur Kelab Nilai Pasaran
1 Jan Oblak 25 Atletico Madrid £63 juta
2 David de Gea 27 Manchester United £63 juta
3 Thibaut Courtois 26 Chelsea £58.5 juta
4 Alisson 25 Liverpool £54 juta
5 Marc-André ter Stegen 26 Barcelona £54 juta
6 Ederson 24 Manchester City £45 juta
7 Gianluigi Donnarumma 19 AC Milan £36 juta
8 Jordan Pickford 24 Everton £31.5 juta
9 Manuel Neuer 32 Bayern Munich £31.5 juta
10 Hugo Lloris 31 Tottenham Hotspur £27 juta
11 Jack Butland 25 Stoke City £19.8 juta
12 Thomas Strakosha 23 Lazio £18 juta
13 Kepa Arrizabalaga 23 Athletic Bilcao £18 juta
14 Jasper Cillessen 29 Barcelona £18 juta
15 Bernd Leno 26 Arsenal £18 juta
16 Anthony Lopes 27 Lyon £18 juta
17 Wojciech Szczesny 28 Juventus £18 juta
18 Alban Lafont 19 Fiorentina £16.2 juta
19 Keylor Navas 31 Real Madrid £16.2 juta
20 Mattia Perin 25 Juventus £14.4 juta
Dan berdasarkan kepada senarai diatas, penjaga gol Arsenal, Bernd Leno berada ditangga paling bawah jika dikira berdasarkan pemain (penjaga gol) yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Senarai penjaga gol termahal (nilai semasa) yang beraksi di Liga Perdana Inggeris diringkaskan daripada senarai TOP 20 penjaga gol paling bernilai (diatas) adalah seperti berikut:

Rank Pemain Umur Kelab Nilai Pasaran
1 David de Gea 27 Manchester United £63 juta
2 Thibaut Courtois 26 Chelsea £58.5 juta
3 Alisson 25 Liverpool £54 juta
4 Ederson 24 Manchester City £45 juta
5 Jordan Pickford 24 Everton £31.5 juta
6 Hugo Lloris 31 Tottenham Hotspur £27 juta
7 Jack Butland 25 Stoke City £19.8 juta
8 Bernd Leno 26 Arsenal £18 juta

Pun begitu, berdasarkan rekod perpindahan bagi 10 penjaga gol termahal sebelum ini (sebelum dan selepas perpindahan Alisson ke Liverpool), Leno juga tergolong dalam senarai 10 penjaga gol termahal dalam perpindahan yang pernah dijalankan oleh kelab.

Rekod perpindahan penjaga gol termahal sebelum perpindahan Alisson ke Liverpool.
Bil. Rank dan Pemain Dari Kelab Ke Kelab Nilai Perpindahan
1 1. GIANLUIGI BUFFON Parma Juventus €51.6 juta
2 2. EDERSON Benfica Manchester City €40 juta
3 3. JORDAN PICKFORD Sunderland Everton €28.5 juta
4 4. FRANCESCO TOLDO Fiorentina Inter €28.4 juta
5 5. MANUEL NEUER Schalke Bayern Munich €24 juta
6 6=. DAVID DE GEA Atletico Madrid Manchester United €22 juta
6 6=. BERND LENO Bayer Leverkusen Arsenal €22 juta
8 8=. ANGELO PERUZZI Inter Lazio €20.60 juta
8 8=. SEBASTIAN FREY Inter Parma €20.6 juta
9 10. SAMIR HANDANOVIC Udinese Inter €19 juta
Bagaimana prestasi kedua-dua penjaga gol itu (Alisson dan Leno)  sebelum ini?

Rekod penampilan Leno musim 2017/18 bersama Bayer Levekusen
Saingan Penampilan Jumlah Bolos Jumlah Perlawanan Tanpa Bolos
1.Bundesliga 33/34 40 10
DFB-Pokal 5 9 2
JUMLAH 38 49 12

Rekod penampilan Alisson musim 2017/18 bersama AS Roma
Saingan Penampilan Jumlah Bolos Jumlah Perlawanan Tanpa Bolos
Serie A 37/38 28 17
Champions League 12 19 5
JUMLAH 49 47 22

Berdasarkan rekod dan statistik diatas, Leno telah melepaskan gol secara purata sebanyak 1.2 gol bagi setiap perlawanan liga dan berjaya merekodkan purata 0.52 perlawanan tanpa bolos.

Manakala Alisson pula, telah melepaskan 0.76 gol secara purata bagi setiap perlawanan liga dan mencatatkan purata 0.46 perlawanan tanpa bolos.

Purata rekod perlawanan tanpa bolos jelas menjadi milik Leno namun dari segi jumlah gol yang dilepaskan pula menjadi milik Alisson (berdasarkan saingan liga).

Pemain Penampilan Menang Seri Kalah
Alisson 37 22 perlawanan, bolos 11 8 perlawanan, bolos 5 7 perlawanan, bolos 12
Leno 33 15 perlawanan, bolos 9 10 perlawanan, bolos 13 8 perlawanan, bolos 18

Itu semua berdasarkan statistik perlawanan yang diharungi musim lalu (2017/18) bersama pasukan masing-masing dalam liga berbeza.

Dan musim depan, kedua-dua penjaga gol tersebut bakal beraksi pada saingan liga yang sama dan sudah tentu lebih kompetitif berbanding liga yang disertai mereka sebelum ini.

Yang pastinya Leno dan barisan pertahanan Arsenal mempunyai tugas berat untuk mengekang asakan pihak lawan setelah Arsenal pada musim lalu mencatatkan jumlah bolos tertinggi dikalangan BIG SIX dengan merekodkan 51 bolos.

Namun dari segi serangan, Arsenal boleh dikatakan berada pada tahap tidak begitu membimbangkan apabila berjaya menjaringkan 74 gol dan menduduki tangga ke-3 dikalangan BIG SIX, berkongsi kedudukan bersama Spurs.

Kedudukan Liga Perdana Musim Lalu (2017/18)
Rank Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 38 32 4 2 106 27 79 100
2 Manchester United 38 25 6 7 68 28 40 81
3 Tottenham Hotspur 38 23 8 7 74 36 38 77
4 Liverpool 38 21 12 5 84 38 46 75
5 Chelsea 38 21 7 10 62 38 24 70
6 Arsenal 38 19 6 13 74 51 23 63

Sumber Rujukan : Spors Keeda, Transfermark, Whoscored, Squawka, Premier League

Post a Comment

Previous Post Next Post