Arsenal sertai Man. United dan PSG dalam perlumbaan mendapatkan Jérôme Boateng


Arsenal muncul sebagai kelab terbaru yang mensasarkan pemain pertahanan Bayern Munich, Jérôme Boateng, menurut Kicker.


The Gunners telah menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United dalam perebutan untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Difahamkan, Bayern hanya akan mempertimbangkan untuk menjual pemain pertahanan tengah Jerman itu sekiranya mereka menerima tawaran berjumlah €50 juta (£44.5 juta).

Arsenal telah menandatangani Sokratis Papastathopoulos dari Borussia Dortmund untuk memperbaiki dan memperkukuhkan barisan pertahanan setelah aksi Laurent Koscielny terpaksa diketepikan buat sementara ekoran kecederaan yang di alami pemain itu.

Namun begitu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Unai Emery masih berhasrat untuk memperkuat lagi barisan pertahanan dengan cuba menandatangani Boateng.

Boateng pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2010/11 apabila menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £10.4 juta.

Namun dilepaskan City kepada Bayern pada 14 Julai 2011 dengan nilai perpindahan berjumlah €13.5 juta.

Bersama Bayern, Boateng telah 258 penampilan dengan lapan gol berjaya dijaringkan beliau setakat ini.

Perkembangan ini mungkin mempunyai kaitan dengan khabar angin yang mengatakan bahawa Mustafi bakal dilepaskan Arsenal selain Calum Chambers bakal menyertai Fulham secara pinjaman untuk tempoh satu musim yang dijangka dilengkapkan pada hari ini (waktu UK).

Post a Comment

Previous Post Next Post