Wakil Aaron Ramsey nafikan permintaan gaji yang tinggi dibuat oleh pemain tersebut.

Agensi yang mewakili Aaron Ramsey menafikan tuntutan gaji yang tinggi dibuat pemain tengah itu dikatakan menjadi punca rundingan pembaharuan kontrak menemui jalan buntu.

Sebelum ini, agensi yang mewakili Ramsey itu turut menafikan mengenai tawaran kontrak selama lima tahun yang telah ditandatangani pemain tersebut bersama Arsenal.

Agensi mewakili Ramsey nafi kontrak 5 tahun.

Namun, dalam perkembangan terkini yang menyaksikan masa depan pemain tersebut bersama Arsenal masih menjadi tanda tanya sehinggakan tersebarnya berita yang mengatakan bahawa Ramsey menuntut gaji melebihi €330,000 seminggu untuk bersetuju menandatangani kontrak baru, akhirnya dinafikan agensi, Avid Sports & Entertainment Group yang mewakili Ramsey.

Avid Sports & Entertainment Group menafikan dakwaan tersebut yang mengatakan permintaan gaji yang terlalu tinggi menjadi punca rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal masih menemui jalan buntu.

Penafian tersebut dibuat melalui laman twitter setelah pihak LT Arsenal (yang terkenal dengan info dan perkembangan terkini Arsenal) telah bertanyakan kepada pihak agensi tersebut.


Ramsey yang berada ditahun akhir kontraknya bersama Arsenal mencetuskan kontroversi apabila enggan menandatangani pembaharuan kontrak bersama Arsenal.

Dan situasi ini bagaikan mengulangi peristiwa musim lalu yang melihatkan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil turut berada ditahun terakhir kontrak bersama Arsenal.

Walaupun Unai Emery berkali-kali menegaskan bahawa beliau mahukan Ramsey kekal bersama kelab selain melantik beliau menjadi kapten pasukan, namun setakat ini tiada perkembangan positif dicapai diantara Arsenal dan Ramsey.

Selain Barcelona, dua kelab Inggeris iaitu Chelsea dan Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post