Arsenal Women Talent Pathway

photo by arsenal.com

Pada 2016, Persatuan Bola Sepak telah melancarkan satu program pembangunan yang diberi nama Talent Pathway of Women's Football. 

Tujuan utama adalah menyediakan platform dan struktur yang ditambah baik dalam pembangunan elit bakat wanita dalam bola sepak secara khususnya.

Program pembangunan ini merangkumi dan menyasarkan serta mengembangkan lagi peluang dan bakat pemain perempuan seawal usia 9 hingga 16 tahun. 

Ia melalui proses Regional Talent Clubs atau RTC. Tujuan Arsenal mengembangkan program ini adalah mengenal pasti pemain wanita yang mempunyai peluang dan bakat besar dengan meletakkan mereka pada sebuah program yang betul untuk pembangunan mereka, dan dapat menghasilkan pemain-pemain yang baik untuk masa depan.


Leah Williamson bintang muda yang membantu Arsenal memenangi perlawanan akhir Piala FA pada 2016, beliau juga sebahagian dari program ini pada usia seawal 9 tahun.

Di Arsenal Women's sendiri, pemain yang berusia 16 tahun dapat diberi laluan diperingkat lebih tinggi, dan matlamat itulah yang membawa mereka dapat pendedahan ke pasukan akedemi FA WSL bawah 21 tahun.

Bekas ketua pasukan Arsenal Women's dan England  Alex Scott juga dari program ini pada 9 tahun lepas - photo by arsenal.com

Arsenal Women Talent Pathway
photo by arsenal

Player Development Programme (PDP)

Program ni adalah sebuah program yang menyokong pembentukkan dan perkembangan bakat dari kalangan gadis-gadis di awal usia 9 tahun untuk mereka dapat berkembangan lebih jauh dalam bola sepak. 

PDP menyediakan sesi latihan mingguan selama 90 minit selama 24 minggu bermula September 2018 sehingga Mac 2019. 

Ia dapat memberi sokongan kepada perkembangan setiap anak muda dalam program ini secara teknikal dan fizikal, psikologi serta sosial, membina kemahiran dan meningkatkan keyakinan bagi memenuhi segala bentuk potensi dalam mahupun luar padang. 

Dalam program ini ia menjurus kepada beberapa aspek :
  • Belajar untuk menguasai bola 
  • Belajar bersaing dalam sebuah pasukan
  • Menanamkan minat dalam bola sepak.
Sepanjang tempoh ini, program ini akan menyediakan peluang-peluang seperti berikut :
  • 24 x 90 minute coaching sessions
  • Arsenal training top
  • Player Learning Journal
  • 2x PDP Festivals
  • 2x Player Feedback Reviews (Send electronically)
  • Access to online Community (Hive) for Arsenal provide updates to parents on the programme
  • And much more 

photo by arsenal

Elemen ini termasuk dalam sebuah harga, maka program ini juga memberi peluang tambahan kepada kesemua pemain PDP dan mungkin mempunyai kenaikkan kos tambahan yang perlu bagi kesesuaian program ini : 
  • International Experience Day di St George's Park ( lihat disini)
  • Perlawanan domestik mahupun antarabangsa
  • Peluang bermain dalam sebarang program bola sepak lain
  • Sesi percutian eksklusif PDP 
Sepanjang tempoh ini juga, mereka yang menyertai PDP ini akan menjadi Arsenal Women Junior Member yang akan menerima hak yang sama dalam mengakses semua kelebihan sebagai Junior Membership.
  • Mendapat kemasukan percuma semua perlawanan Women's Super League yang melibatkan Arsenal Women (home) sepanjang musim 2018/19.
  • Dapat menyertai secara eksklusif sebarang undian
  • Dan banyak lagi 
Buat masa ini Arsenal Women memfokuskan bakat kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 8 hinga 15 tahun untuk meyertai program ini dalam beberapa posisi seperti berikut :
  • Bawah 10 Tahun
  • Bawah 12 Tahun
  • Bawah 14 Tahun
  • Bawah 16 Tahun
  • Penjaga Gol ( Bawah 12, 14 dan 16 tahun sahaja)
Girls Youth Academy (RTC) Commitments

Seperti di permulaan artikel ini ( rujuk gambarajah Arsenal Women Talent Pathway), mereka yang berjaya mendapatkan tempat dalam program Girl Youth Academy (RTC) akan menerima latihan mingguan dari jurulatih yang berpengalaman seperti goalkeeper coaches, physios, sport therapists, strength and conditoning coaches, sport psychologists serta education/lifestyle support.

Program Latihan 

Skuad pembangunan bawah 9 tahun akan memberi latihan satu malam pada setiap minggu sebelum mereka meneruskan di latihan padang.

photo by arsenal

Kumpulan bawah 10 dan 12 tahun akan berlatuh selama 2 jam bagi dua malam setiap minggu dan kumpulan bawah 14 dan 16 tahun pula selama 2 jam pada 3 malam setiap minggu di beberapa tempat termasuk di Universiti Hertfordshire, Kelab Bola Sepak Boreham Wood, London Maccabi Sport Ground dan Pusat Latihan Arsenal di London Colney.

Kumpulan bawah 16 tahun akan menamatkan latihan mingguan Strength & Conditioning Program and Performance di Universiti Hertfordshire.

Program Perlawanan 

pemain bawah 10 tahun - photo by arsenal

Bawah 10 dan 12 tahun kini bermain di Watford Friendly League (liga pusingan lelaki) dan bawah 14 dan 16 tahun pula bermain di FA RTC Tier 1 (South League).

Southampton, Brighton, Leicester dan Birmingham termasuk dalam senarai kelab yang meyertai FA RTC Tier 1 ini.

Semua peringkat umur juga akan bermain menentang Tier 2 dan Tier 3 seperti Chelsea, Millwall, Reading dan Essex dalam perlawanan persahabatan tambahan.

Perlawanan lain juga telah disusun untuk menentang pasukan akar umni dan akademi lelaki.

Pasukan bawah 16 tahun juga bersaing dalam FA Youth Girl Cup, untuk rekod pasukan ini telah memenangi empat kali pada 2012/13 dan kejuaraan tiga kali berturut-turut pada 2014/15, 2015/16 dan 2016/17.

Trips, Tours and Preseason Camps

Satu lagi bahagian yang penting dari program ini adalah dimana peluang untuk melakukan lawatan dan bermain dengan pasukan dari luar negara.

Setiap musim lawatan dan juga beberapa kejohanan diadakan disamping kelab-kelab di Eropah mahupun Amerika Syarikat. Untuk beberapa tahun ini, mereka telah dibawa menjelajah ke Itali, Perancis, Jerman. Di Amerika Syarikat mereka menyertai Piala Dallas.
Pasukan bawah 10 tahun menyertai kejohanan futsal di Alps Perancis

Semua kumpulan umur juga diberi pendedahan di kem latihan pra-musim di Oakham School yang membuatkan mereka ini akan berjauhan dari keluarga serta rakan-rakan sebaya dalam beberapa tempoh bagi pembangunan peribadi dan jati diri.

Girl Youth Academy (RTC) Player Support Team

Di sini ia lebih kepada kefahaman dan taknikal yang disampaikan oleh Tessa Payne, beliau merupakan salah seorang jurulatih yang mempunyai lesen kelas A UEFA yang sebelumk ini bekerja dengan FA England. Beliau juga berperanan dalam pembinaan program Regional Coach Development Manager and Regional Talent ID Coordinator

Seorang lagi yang terlibat dalam pasukan sokongan ini adalahe Angla Cuerden yang merupakan Pengurus Kelab yang berperanan menguruskan soal logistik program ini, beliau pemegang lesen UEFA A.

Kesemua staf bimbingan dan sokongan yang berada di bawah kelolaan Arsenal Women's merupakan seorang yang berpengetahuan dalam segala bidang dan berpengalaman serta berkelayakan dalam menjalankan program ini bagi melahirkan pemain yang berkualiti untuk generasi akan datang dan terutama selaki kepada kelab.

Kesemua staf adalah pemegang FA Enhanced DBS/CRB check, FA Safeguarding and Emergency Aid yang telah diperbaharui dari masa ke semasa kelayakannya. Disamping itu mereka dikehendaki mengikuti khusus latihan Continuing Professional Development.

Program yang dijalankan ini memberi latihan dan kemudahan serta pendedahan kepada kanak-kanak secara umumnya dengan suasana bola sepak profesional. Secara teknikalnya ia meningkatkan keupayaan individu itu kepada kemampuan dan keyakinan diri, memberi sokongan psikologi sukan dan kesedaran mengenai kesihatan dari bengkel pemakanan dan juga gaya hidup seoarang ahli sukan.

Program Arsenal ini mendapat penghargaan di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Dan dari masa ke semasa program ini terus menambahbaik dari segi pasukan sokongan yang terdiri daripada pakar fisioterapi, terapi sukan, kejurulatihan kecergasan dan juga penganalisa prestasi.

Post a Comment

Previous Post Next Post