Unai Emery bereksperimen dengan formasi berbeza di Arsenal.

Unai Emery mendedahkan dia mengambil pendekatan fleksibel dalam pembentukan skuad yang berbeza di Arsenal menjelang kempen 2018/19 yang bakal bermula minggu depan.



Emery mengambil alih tugas selaku pengendali Arsenal daripada Arsene Wenger pada bulan Jun lalu dan masih lagi dalam proses mencari rentak yang sesuai dalam pembentukan skuad bagi mengharungi saingan liga yang bermula minggu depan.

Selain memikul tugas berat untuk mengembalikan prestasi dan kegemilangan Arsenal, Emery turut berdepan tugas gentir untuk menamatkan saingan dengan sekurang-kurangnya berada di kalangan empat pasukan teratas liga musim 2018/19.

The Gunners telah melengkapkan perlawanan pra-musim mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Lazio di Stockholm awal pagi tadi, ketika usaha yang dilakukan Emery bagi persiapan menghadapi Manchester City pada perlawanan pertama liga buat Arsenal.

"Setiap perlawanan memberikan kami maklumat untuk terus memperbaiki dan terus berkembang," kata Emery dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

"Hari ini kami bermain dengan 4-4-2, untuk mencuba sistem ini dan mengubah gaya dan corak pemikiran kami dengan idea-idea baru, tetapi bagi saya pada separuh masa pertama, penguasaan dan kawalan kami dengan bola tidak sebaik yang saya mahukan."

"Sebab itulah kami memulakan babak kedua dengan tiga pemain tengah. Saya fikir pada babak kedua kami mengawal perlawanan dengan lebih baik melalui sistem ini. Saya gembira dengan prestasi ini kerana mereka bekerja dengan baik dan turut bertambah baik (peningkatan). "

Post a Comment

Previous Post Next Post