Chelsea vs Arsenal : Info kedua-dua pasukan

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan awal pagi esok (12.30 malam ini - waktu Malaysia), laman Arsenal telah memuatnaik beberapa info menarik mengenai perlawanan ini.



Pertemuan Chelsea dan Arsenal ini merupakan perlawanan liga pertama Chelsea menentang pasukan Arsenal yang tidak diuruskan oleh Arsene Wenger semenjak seri 3-3 di Highbury pada September 1996.

Dalam perkembangan terkini kedua-dua pasukan, Arsenal telah mengemaskini info perlawanan dengan dimulakan dengan penjelasan ataupun kata-kata daripada pengendali Arsenal, Unai Emery yang mahu memberikan fokus terhadap bolasepak dan mempertingkatkan prestasi serta presembahan pemain-pemain beliau.

Beliau mengatakan bahawa, ketika ini beliau hanya memberikan perhatian terhadap mengenali pemain-pemain (kemampuan dan kelebihan pemain) sebelum berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

My focus is only on football and improving players

Kemudian, laman Arsenal juga memberikan info mengenai kecederaan pemain kedua-dua pasukan serta ulasan daripada pakar analisis perlawanan, Andrian Clarke mengenai pemain Chelsea yang mampu meranapkan impian Arsenal mencatat kemenangan.


Manakala pihak Chelsea pula dalam memberikan info perlawanan yang bakal berlangsung awal pagi esok, mereka lebih banyak bercerita mengenai sejarah mereka pada perlawanan pertama (pembukaan liga) berbanding ulasan mengenai perlawanan ini.

Mereka hanya mengemaskini info mengenai pencapaian mereka (berkaitan perlawanan menentang Arsenal)  dalam mencatatkan lima keputusan seri pada enam kunjungan Arsenal menentang mereka bagi saingan liga. 

Disamping menceritakan mengenai rekod cemerlang mereka dilaman sendiri sepanjang pertemuan menentang Arsenal.

Chelsea are unbeaten at the Bridge in the past six league visits by Arsenal, winning five times and drawing once

Selebihnya, cerita mereka banyak berkisar mengenai perlawanan pembukaan liga dan sejarah-sejarah pemain mereka dalam melakukan debut perlawanan.

Cuma, satu-satunya fakta menarik yang dilaporkan mereka adalah dimana Unai Emery merupakan pengendali tetap Arsenal yang pertama mencatatkan sejarah tewas pada perlawanan pembukaan liga ditempat sendiri selepas kali terakhir ianya dilakukan oleh Terry Neill, 42 tahun yang lalu (kalah dilaman sendiri 0-1 ke Bristol City).

Meanwhile, on Sunday, Unai Emery became the first permanent Gunners boss to make a losing start since Terry Neill 42 years ago (a 0-1 home defeat to Bristol City after a similar long, hot summer). Wenger ruled the roost for more than half that period, however. - Chelsea 

Namun pencari kami menemukan butiran berikut dimana Arsenal dibawah kendalian Wenger turut pernah mencatat kekalahan dilaman sendiri pada aksi pembukaan liga.


Post a Comment

Previous Post Next Post