Arsenal dalam rundingan untuk menjual pemain muda, Stephy Mavididi secara kekal.

Kelab Serie A, Juventus dilaporkan dalam rundingan bersama Arsenal untuk perpindahan penyerang muda, Stephy Mavididi.

Seperti yang dilaporkan oleh Tuttosport, Old Lady (Juventus) sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain muda Arsenal bagi memperkukuhkan skuad U-23 mereka, yang akan beraksi pada bahagian ketiga Liga Itali musim ini.

Laporan itu mendakwa bahawa Juventus dan Arsenal sudah pun mengadakan perbincangan dan ketika ini sedang berunding untuk perpindahan secara kekal bagi pemain berusia 20 tahun itu.

Langkah perpindahan tersebut dilihat sesuatu yang mungkin menggembirakan pemain muda Arsenal itu yang mana beliau gagal mendapat tempat serta tidak berada dalam rancangan Unai Emery untuk musim ini.

Produk akademi Arsenal, Mavididi telah menghabiskan musim lalu dengan beraksi secara pinjaman untuk dua tempoh yang berbeza.

Beliau kali pertama dihantar ke Preston North End secara pinjaman dan pada bulan Januari lalu,  beliau menyertai Charlton Athletic juga secara pinjaman.

Beliau ketika ini beraksi didalam saingan Liga Perdana 2 untuk Arsenal dan perpindahan beliau ke skuad U-23 Juventus juga dilihat tidak akan membuat banyak perbezaan dari segi penyertaan bersama skuad  utama.

Mungkin Old Lady mampu menjanjikan peluang buat beliau bersama skuad utama mereka dalam masa terdekat mahupun pada musim hadapan.

Kini hanya tinggal satu minggu sahaja lagi untuk jendela perpindahan antarabangsa melibatkan pasukan bukan domestik Itali ditutup, begitu juga dengan pasukan Liga Inggeris.

Post a Comment

Previous Post Next Post