Galatasaray berminat dapatkan penyerang Arsenal, Danny Welbeck.

Laporan media Turki, Fotomac mendakwa bahawa Galatasaray kini sedang menimbang untuk mendapatkan penyerang Arsenal selepas kecewa dengan Bafetimbi Gomis. 

Bekas pemain Swansea City itu dilaporkan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi menyebabkan Galatasaray kini terpaksa mencari pengganti kepada pemain tersebut jika perpindahan tersebut menjadi kenyataan.

Bafetimbi Gomis dikatakan bakal ke Arab Saudi.
Akhbar Turki mengatakan penyerang Arsenal, Danny Welbeck kini menjadi sasaran Galatasaray bersama bekas penyerang Koln, Anthony Modeste dan turut dilaporkan dimana kelab Turki itu sedang meneroka peluang untuk menandatangani penyerang Arsenal itu.

Welbeck musim ini bakal bergelut untuk mendapatkan tempat dan aksi bersama Arsenal setelah kemasukan Pierre Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette yang dilihat menjadi pilihan Emery untuk jentera serangan Arsenal kali ini.

Menurut Fotomac, Galatasaray bersedia membuat tawaran pinjaman kepada Arsenal untuk Welbeck dan berharap dapat menyelesaikan urusan perpindahan pemain antarabangsa England itu sebelum jendela perpindahan Liga Turki ditutup.


Dengan Gomis dijangka bakal meninggalkan kelab Istanbul itu, ia tidak akan mengejutkan jika Galatasaray akan menandatangani penyerang baru sebelum tamat perpindahan pada 31 Ogos ini,  namun usaha untuk mendapatkan Welbeck itu bagaikan sukar untuk direalisasikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post