Respon 'mengarut' bagaikan tidak menghormati Emery.

Unai Emery baru sahaja mengendalikan satu perlawanan ataupun 90 minit pertama beliau dalam aksi saingan Liga Perdana Inggeris yang mana ianya juga merupakan perlawanan pertama liga beliau selaku pengendali Arsenal semenjak dilantik pada Mei lalu.



Arsenal tewas 2-0 kepada Manchester City pada perlawanan pembuka liga musim ini dilaman sendiri.

Dengan baru sahaja mengendalikan satu perlawanan, adalah tidak adil untuk menghukum dan menilai beliau berdasarkan satu perlawanan itu.

Lebih-lebih lagi menentang pasukan juara liga musim lalu yang dikendalikan oleh Pep Guardiola yang memasuki musim ketiga bersama City.

Rekod dua musim pertama Guardiola bersama City
MUSIM P M S K J B % Kemenangan EPL FA Cup League Cup Eropah
2016–17 38 23 9 6 80 39 60.53 3rd Separuh Akhir Pusingan ke-4 Pusingan 16
2017–18 38 32 4 2 106 27 84.21 Juara Pusingan ke-5 Juara Suku Akhir

Guardiola musim pertama telah membelanjakan £167,150,000.00 untuk membawa lapan pemain baru menyertai skuad utama beliau.

Rekod pembelian Pep Guardiola pada musim pertama bersama City (2016/17).
Tarikh Posisi Pemain Dari Kelab Bayaran Perpindahan
1 Jun 2016 MF İlkay Gündoğan Borussia Dortmund £20,000,000
1 Julai 2016 FW Nolito Celta Vigo £13,800,000
4 Julai  2016 MF Oleksandr Zinchenko Ufa £1,700,000
2 Ogos 2016 FW Leroy Sané Schalke 04 £37,000,000
6 Ogos 2016 FW Marlos Moreno Atlético Nacional £4,750,000
9 Ogos 2016 DF John Stones Everton £47,500,000
25 Ogos 2016 GK Claudio Bravo Barcelona £15,400,000
19 Januari 2017 FW Gabriel Jesus Palmeiras £27,000,000

Daripada lapan pemain baru tersebut, Guardiola telah membawa tujuh pemain pada jendela perpindahan pertama (musim panas) untuk memperkukuhkan skuad beliau manakala beliau hanya membawa masuk seorang pemain pada jendela perpindahan kedua (Januari).

Dan rekod kejuaraan musim pertama yang dicapai oleh Pep Guardiola adalah '0'.

Manakala pada musim kedua, beliau telah membelanjakan sebanyak £255,700,000.00 untuk membawa enam lagi pemain baru ke dalam skuad utama.

Dan itu menjadikan beliau telah membelanjakan sebanyak £422,850,000 untuk tempoh dua musim itu dengan membeli 14 pemain baru.

Serta jumlah tersebut membawa Pep Guardiola untuk muncul selaku juara liga dan juara Piala Liga - Carabao Cup yang menewaskan Arsenal 3-0 di Wembely pada perlawanan akhir.

Tarikh Posisi Pemain Dari Kelab Yuran Perpindahan
1 Julai 2017 MF Bernardo Silva Monaco £43,000,000
1 Julai 2017 GK Ederson Benfica £34,900,000
14 Julai  2017 DF Kyle Walker Tottenham Hotspur £45,000,000
23 Julai  2017 DF Danilo Real Madrid £26,500,000
24 Julai 2017 DF Benjamin Mendy Monaco £49,300,000
30 Januari 2018 DF Aymeric Laporte Athletic Bilbao £57,000,000



Manakala bagi musim ketiga beliau telah membelanjakan sebanyak £62,600,000.00 untuk membawa dua pemain baru iaitu Riyad Mahrez (£60,000,000) dan Philippe Sandler (£2,600,000).

Ketika bertemu Arsenal, Pep Guardiola telah melengkapkan skuad beliau dengan membelanjakan sebanyak £485,450,000 dan Emery ketika itu baru membelanjakan sekitar 14.4% daripada jumlah keseluruhan yang dibelanjakan Guardiola dalam membentuk sebuah pasuakn yang mantap.

Secara kasarnya ianya adalah terlalu awal (sangat..sangat terlalu awal) untuk menilai kemampuan Emery dan ianya juga agak keterlaluan  untuk mengatakan tindakan Emery dalam menerapkan gaya permainan yang bermula dari bawah dalam melakukan serangan (build up) bagaikan tidak menghormati pengendali Arsenal ini.

Jika Pep Guardiola memerlukan dua musim dan membelanjakan sebanyak (hampir) setengah bilion untuk bergelar Juara Liga, sudah pasti Emery juga memerlukan masa untuk membina sebuah pasukan yang mantap.

Dan soal taktikal yang diamalkan beliau itu, setiap pengurus/ketua jurulatih pasti mempunyai alasan yang kukuh dan kepercayaan terhadap tindakan serta taktikal yang digunakan beliau.

Siapa Sam Allardyce untuk mengkritik Emery ? Tak salah untuk mengkritik namun untuk menilai Emery dengan taktikal bodoh adalah agak keterlaluan terutamanya pada perlawanan pertama Emery dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Mungkin Emery dan pemain-pemain masih belum serasi lagi dan awal pagi esok, jam 12.30 pagi nanti Arsenal bakal berdepan Chelsea di Stamford Bridge.

Adakah sekali lagi Emery bakal dikritik? 

Post a Comment

Previous Post Next Post