🎥 Highlights : Guingamp vs Paris Saint Germain, Mbappe buka buku baru dengan bergaya


Kylian Mbappe membuat kemunculan sulungnya selepas menjulang Piala Dunia dengan penuh bergaya apabila masuk dari bangku simpanan untuk meledak dua jaringan lewat perlawanan untuk membantu Paris Saint-Germain membenam Guingamp 3-1, awal pagi tadi.

Nolan Roux terlebih dulu meletakkan tuan rumah di depan dan berpeluang melebarkan lagi kedudukan tersebut namun dinafikan ketangkasan Gianluigi Buffon serta keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Mbappe dibawa masuk pada babak kedua dan hasilnya Neymar berjaya menyamakan kedudukan tidak lama kemudian sebelum pemain sensasi Perancis berusia 19 tahun itu meledakkan dua gol pada baki 10 minit terakhir untuk mengesahkan kemenangan PSG.

Saya mempunyai objektif yang sangat besar, jadi tidak ada masa untuk bermain-main,” kata Mbappe selepas tamat perlawanan.

Saya membawa sesuatu kepada pasukan tetapi setiap pemain mahu menampilkan prestasi lebih kemas selepas bermula perlahan di awal aksi.”

Kemenangan tersebut memberikan PSG kini mencatatkan dua kemenangan sejak dikendalikan oleh pengendali baharu, Thomas Tuchel yang sebelum ini mereka telah membelasah Monaco 4-0 untuk memenangi aksi pembukaan dalam Kejuaraan Trofi-Trofi di China.

Situasi masih sukar untuk kami kerana pemain belum berada di tahap terbaik selepas tiba lewat daripada Piala Dunia,” kata Tuchel yang mengakui pasukannya bernasib baik tidak ketinggalan 0-3 di separuh masa.

PSG sekali lagi turun beraksi tanpa Edinson Cavani yang mana penyerang kebangsaan Uruguay itu masih belum cergas sepenuhnya ekoran mengalami kecederaan paha di Kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini.

Video Highlights

Post a Comment

Previous Post Next Post