Pendedahan kisah Jeremie Aliadiere menyertai Arsenal

Panggilan telefon daripada Arsene Wenger, menyebabkan beliau ketika itu berusia 16 tahun meninggalkan Perancis untuk menyertai Arsenal dan segalanya berubah semenjak itu.



Kisah tersebut didedahkan sendiri oleh pemain tersebut pada laman Arsenal bagaimana beliau menyertai Arsenal pada tahun 1999.

"Saya berada di rumah dan telefon rumah berbunyi serta saya teringat wajah terkejut ayah saya," Aliadiere memberitahu Arsenal Player.

Beliau bagaikan tidak percaya bahawa Arsene Wenger sendiri telah menghubungi beliau untuk membawanya ke Arsenal.

Dan semenjak itu beliau bagaikan bermimpi untuk beraksi bersama Arsenal.

"Sejujurnya, sebelum saya sampai ke Arsenal, saya merupakan peminat Arsenal dengan hubungan Perancis yang ada pada kelab itu seperti Arsene Wenger dan semua pemain Perancis."

"Ia sentiasa menjadi kelab kegemaran saya, jadi ketika Arsene Wenger menghubungi ayah saya, tidak ada keraguan dalam fikiran saya bahawa di mana saya ingin bermain dan saya mengingati beliau mengundang saya ke Saint Paul's House, hotel dimana pada masa itu kerana pusat latihan masih tidak ada, di London Colney, kami pernah berlatih sebelah sana."

"Jadi saya hanya bertemu dengannya pada masa itu dan saya sangat kagum serta saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan kepadanya."

"Saya hanya menjawab soalannya dan dia hanya mengatakan bahawa saya mahu awak datang dan anda akan bermula dengan akademi untuk belajar mentaliti Inggeris dan bolasepak Inggeris, sebelum bermain dengan pasukan utama. "

Bagi saya, ianya adalah impian untuk menyertai Arsenal."

"Selama kira-kira enam bulan, merupakan masa paling sukar dalam karier saya, kerana saya tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, saya berpindah dengan datuk dan nenek saya."

"Tetapi datuk dan nenek saya tidak dapat menetap di UK, dan mereka meninggalkan saya selepas tiga atau empat bulan dan saya meneruskan kehidupan saya sendiri pada usia 16 tahun."

"Saya terpaksa belajar bahasa Inggeris, mentaliti baru, negara baru dan segala-galanya, jadi ianya begitu sukar, tetapi saya fikir ia membuatkan saya lebih kuat dan itulah yang diharapkan oleh Arsene."

"Dia mahu saya cekal dan kuat serta belajar bagaimana bolasepak Inggeris untuk melihat sama ada saya mampu menghadapinya atau mahu meninggalkan dan pulang ke rumah (balik ke Perancis)."

"Selepas enam bulan itu, saya berjaya menyelesaikan dan menyesuaikan diri serta mula berbahasa Inggeris, sedikit lebih baik dan ia berjalan lancar selepas itu."

"Saya mula menyertai pasukan utama selepas itu."

Sepanjang lima musim menyertai skuad utama Arsenal, beliau hanya mampu membuat 50 penampilan dengan sembilan gol berjaya dijaringkan beliau disamping satu bantuan gol dihasilkan.

Beliau kemudiannya menyertai Middlesbrough pada 19 Jun 2007 dengan nilai perpindahan bernilai £2 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post