Mkhitaryan - Saya mahu menjadi watak baru di sini.

Perjalanan karier bolasepak Henrikh Mkhitaryan telah banyak berubah semenjak lima tahun yang lalu.


Pemain antarabangsa Armenia ini mendapat pengiktirafan global untuk persembahannya selama tiga musim bersama Borussia Dortmund sebelum memenangi Liga Europa bersama Manchester United dan kemudiannya menyertai Arsenal pada Januari lalu (2018).

Rekod penampilan Mkhitaryan dalam lima musim terakhir (setakat ini)
Musim Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2013–14 Borussia Dortmund 46 13 10
2014–15 Borussia Dortmund 42 5 7
2015–16 Borussia Dortmund 52 23 32
2016–17 Manchester United 41 11 5
2017–18 Manchester United 22 2 6
2017–18 Arsenal 17 3 6
2018–19 Arsenal (setakat ini) 2 1 1

Sabtu lalu, Mkhitaryan memulakan kempen gol beliau buat musim 2018/19 dengan menjaringkan satu gol serta menghasilkan satu bantuan gol ketika menentang Chelsea.

Dalam pendedahan yang dibuat pada laman Arsenal, pemain berusia 29 tahun itu berharap dapat mencipta semula dirinya di bawah jurulatih baru Arsenal, Unai Emery.



"Saya tidak fikir anda akan melihat Mkhitaryan Dortmund, kerana di Dortmund falsafah adalah berbeza, gaya bermain juga berbeza serta liga adalah berbeza," katanya.

"Arsenal bermain dalam liga yang berbeza dengan pengurus yang berbeza dan rakan sepasukan yang berbeza."

"Saya tidak mahu melihat Mkhitaryan 'lama' berada di Arsenal. Saya mahu menjadi 'orang baru', seseorang yang dapat menunjukkan bahawa dia juga mampu melakukan hal yang sama untuk Arsenal."

"Saya bukan sahaja bermain bolasepak untuk bermain, saya sentiasa bermain bolasepak untuk memenangi perlawanan dan gelaran."

"Pada akhir kerjaya bolasepak anda, orang akan mengingati anda untuk apa yang telah anda capai, apa yang anda telah menang. Saya bermain untuk memenangi gelaran, saya melakukan yang terbaik untuk kelab ini untuk memenangi gelaran dan sudah tentu itu matlamat utama saya. "

Walaupun Mkhitaryan berjaya memainkan peranan penting ketika Arsenal kembali bangkit dari ketinggalkan dua gol di Stamford Bridge, namun prestasinya tidak mencukupi untuk menghalang Arsenal daripada mengalami kekalahan berturut-turut (dua perlawanan). 

Pun begitu, pemain ini tidak merasa bimbang mengenai keputusan teruk ketika ini yang melanda Arsenal.

"Kami tidak mempunyai apa-apa tekanan," jelas Mkhitaryan.

"Kami tidak fikir ada sesuatu yang tidak kena kerana kami berada di landasan yang betul. Walaupun kita kalah dalam dua perlawanan pertama, ia tidak bermakna kita tidak mampu untuk menamatkan saingan dalam kedudukan empat teratas."

"Kami masih mempunyai 36 perlawanan dan apa sahaja yang boleh berlaku dalam Liga Perdana Inggeris, semua orang tahu itu. Kami tetap positif dan fokus mengenai matlamat kami, hanya bekerja keras untuk perlawanan seterusnya. "

Post a Comment

Previous Post Next Post