Pengurus pasukan kebangsaan Chile dedahkan permintaan Man United berhubung Sanchez

Pihak pengurusan Manchester United dilaporkan membuat permintaan kepada pengurus pasukan kebangsaan Chile supaya mengetepikan pemain mereka, Alexis Sanches bagi aksi persahabatan.



Pengurus Chile, Reinaldo Rueda mendedahkan alasan mengapa Alexis Sanchez tidak dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Jepun dan Korea Selatan yang dijadualkan berlangsung 7 dan 11 September ini.

Pengurus Chile, Reinaldo Rueda.
Menurut pengurus tersebut, bintang Manchester United itu tidak mengalami sebarang kecederaan cuma dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali ketajaman aksinya yang dilihat semakin pudar setelah berpindah dari Arsenal.

Dan ianya juga adalah kerana permintaan kelab tersebut (Manchester United) supaya tidak menyenaraikan Sanchez bagi aksi persahabatan nanti.

"Ia merupakan cadangan dari kakitangan perubatan Manchester United," kata Rueda sebagaimana dipetik dari laman La Tercera

Es una recomendación del cuerpo médico del Manchester United.

"Dia telah pulih, cadangannya adalah bahawa dia tidak boleh menyertai aksi persahabatan ini."

"Menghormati itu dan apa yang dirasakan oleh Alexis, kami tidak akan memanggil dia untuk aksi persahabatanan ini."

Sanchez terlepas aksi Liga Perdana ketika menentang Brighton akibat kecederaan hamstring, namun dibawa masuk ketika menentang Tottenham Hotspur pada Isnin lalu pada babak kedua.

Pemain berusia 29 tahun itu dikatakan dalam persiapan untuk aksi liga seterusnya dimana Manchester United akan menentang Burnley di Turf Moor pada hari Ahad ini.

Sanchez dilihat ketika ini bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik beliau bersama Manchester United sebagaimana prestasi beliau ketika bersama Arsenal sebelum ini.

Semenjak menyertai United pada Januari lalu, beliau telah membuat 20 penampilan dengan tiga gol dan lima bantuan gol dihasilkan beliau setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post