Tottenham telah di undi menentang Watford dilaman sendiri pada pusingan ketiga bagi saingan Piala Carabao namun mereka menghadapi masalah mengenai stadium bagi perlawanan tersebut.
Ini kerana stadium mereka masih belum dapat digunakan ekoran pembinaan yang masih belum siap sepenuhnya dan stadium sementara yang menjadi laman sendiri mereka, Stadium Wembley juga tidak dapat digunakan pada hari perlawanan tersebut (Piala Carabao).
Dan menurut pendedahan pihak pengajur, Tottenham telah mengemukakan permohonan kepada lembaga EFL bertanyakan sama ada mereka boleh memainkan perlawanan Piala Carabao menentang Watford di stadium kelab MK Dons.
With @SpursOfficial being drawn at home to @WatfordFC in Round Three of the #CarabaoCup, the Club has applied for a special dispensation from the EFL Board to play their tie at a neutral venue due to the unavailability of Wembley Stadium and the Tottenham Hotspur Stadium. https://t.co/buEf7qAZey— Carabao Cup (@Carabao_Cup) August 30, 2018
Stadium baru Spurs sedang menjalani peringkat akhir pembinaannya, sementara Wembley pula tidak boleh digunakan mereka kerana pertarungan merebut gelaran heavyweight - World Boxing Association (WBA) di antara Anthony Joshua dan Alexander Povetkin akan diadakan pada 22 September yang memaksa Spurs mencari stadium lain.
Pusingan ketiga Piala Carabao dijadualkan berlangsung pada minggu bermula 24 September dan Spurs tidak mahu perlawanan tersebut diberikan kepada pihak lawan untuk menjadi tuan rumah.
Dan ini menyebabkan Spurs memohon untuk menjadi tuan rumah perlawanan menentang Watford di Stadium MK Dons.
Keputusan permohonan tersebut akan dipertimbangkan pada mesyuarat lembaga EFL pada 6 September ini.
![]() |
Anthony Joshua vs Alexander Povetkin |
Dan ini menyebabkan Spurs memohon untuk menjadi tuan rumah perlawanan menentang Watford di Stadium MK Dons.
Keputusan permohonan tersebut akan dipertimbangkan pada mesyuarat lembaga EFL pada 6 September ini.
Spurs dalam satu kenyataan telah mengatakan bahawa:
"Kami telah memohon kepada lembaga EFL untuk pengecualian khas untuk bermain di Stadium MK."
"Kami menghargai Stadium MK tidak menjadi destinasi yang ideal untuk setiap peminat datang pada waktu petang."
"Bagaimanapun, kelab merasakan ia tidak akan memberi faedah untuk meminta perlawanan diadadakan ditempat lawan kerana ia akan menghasilkan tidak lebih daripada 10 peratus peruntukan tiket untuk penyokong kami di tempat lawan kami."
"Sebaliknya, kita akan mempunyai peruntukan tiket sehingga 90 peratus di tempat yang neutral, memastikan akses yang lebih besar kepada peminat kami."
Stadium MK mempunyai kapasiti 30,500 dan 50 batu dari White Hart Lane serta stesen kereta api Milton Keynes Central berjarak 30 minit perjalanan dari London Euston.
![]() |
Stadium MK Don. |
Namun hasrat mereka untuk menggunakan stadium baru musim ini terpaksa ditangguhkan kerana faktor keselamatan dalam memasuki fasa terakhir pembinaan stadium tersebut.
Dan pastinya Tottenham bakal beraksi di tiga tempat berbeza (stadium sebagai laman sendiri) musim ini sekiranya kebenaran untuk bermain di pusingan ketiga Piala Carabao menentang Watford di Milton Keynes diluluskan.