Sebab itulah kita memerlukan Xhaka

Granit Xhaka, 25 tahun bukanlah pemain kegemaran buat sebahagian peminat dan penyokong Arsenal semenjak kebelakangan ini.

Sebelum menentang West Ham pada Sabtu lalu, beliau telah membuat dua penampilan dalam kesebelasan utama Arsenal dan hanya beraksi selama 115 minit (perlawanan pertama 70 minit dan perlawanan kedua 45 minit) bagi musim ini.



Dan apabila senarai kesebelasan utama Arsenal diumumkan bagi menghadapi West Ham Sabtu lalu, peminat dan penyokong bagaikan 'terpana' tatkala Xhaka masih berada didalam kesebelasan utama Arsenal serta masih mendapat kepercayaan Unai Emery.

Kesebelasan utama Arsenal menentang West Ham.
Tidak dapat dinafikan bahawa barisan pertahanan Arsenal masih lagi kelihatan goyah dan rapuh, serta ianya boleh dikatakan masih serupa dengan masalah utama musim lalu.

Namun pada perlawanan menentang West Ham membuktikan mengapa kita masih memerlukan Xhaka, disebalik kritikan dan hinaan yang diberikan terhadap beliau.

Jika dua perlawanan terdahulu menyaksikan beliau (Xhaka) dikeluarkan dan digantikan dengan kemasukan Torreira, namun pada perlawanan menentang West Ham, ianya menyaksikan beliau bergandingan bersama pemain kebangsaan Uruguay itu buat kali pertama dalam saingan musim ini.

Torreira dimasukan dengan menggantikan pemain muda yang sebelum ini menunjukkan prestasi yang amat mengagumkan, Mattéo Guendouzi pada minit ke-56 perlawanan.


Kedudukan ketika itu masih terikat 1-1 dan kemasukan Torreira yang bergandingan bersama Xhaka memberi nafas baru kepada corak permainan Arsenal.



Gandingan Xhaka dan Guendouzi menyebabkan barisan pertahanan Arsenal sedikit tertekan kerana kedua-dua pemain ini mempunyai 'sifat' yang sama iaitu naluri menyerang sehinggakan tugas untuk memberi bantuan kepada barisan pertahanan sedikit terganggu.

Heatmaps Xhaka + Guendouzi
Xhaka dan Guendouzi
Guendouzi
Xhaka
Ketika Xhaka bergandingan bersama Guendouzi, tugas utama dalam memberi bantuan kepada barisan pertahanan lebih diberikan kepada Xhaka dan Guendousi pula diberi kebebasan untuk bergerak dalam membantu serangan Arsenal.

Pun begitu, berdasarkan statistik dan rekod Whoscored, ianya jelas menunjukkan Xhaka dan Guendouzi hampir sama dalam melancarkan serangan dan gerakan menyerang pasukan Arsenal.

Dan ini menyebabkan kekalutan jika pihak lawan membuat serangan balas (counter attack) serta ianya juga menyebabkan peranan Ramsey turut terbantut dalam melancarkan serangan.

Heatmaps Xhaka, Guendouzi dan Ramsey
Kemasukkan Torreira menyebabkan Xhaka menggantikan peranan Guendouzi dan memiliki kebebasan untuk bergerak dengan tugas membantu barisan pertahanan diberikan kepada Torreira.
Ini juga memberikan Ramsey kebebasan untuk bergerak.

Heatmaps Xhaka, Torreira dan Ramsey.
Heatmaps Xhaka dan Torreira.
Dengan Torreira menjaga barisan pertahanan, Xhaka dan Ramsey mempunyai ruang untuk bergerak bebas, kita dapat melihat kehebatan sebenar Xhaka dan juga Ramsey terutamanya dalam perlawann menentang West Ham.

Boleh dikatakan bebanan 'pertahanan' yang dilepaskan Xhaka menyebabkan beliau cemerlang pada perlawanan itu.

Inilah Xhaka yang sebenarnya, sebagaimana kita melihat beliau sebelum ini pada zaman kegemilangan beliau, hantaran yang kemas dan tepat.


Xhaka tidak menghadapi masalah untuk memecah garisan pertahanan pihak lawan dan beliau beberapa kali telah melakukan hantaran dalam mencipta serangan, termasuklah satu 'key pass'.
Tiga mata pertama ataupun kemenangan pertama Arsenal musim ini merupakan satu nikmat yang dinanti-nantikan oleh peminat Arsenal setelah tugas selaku pengendali Arsenal kini digalas oleh Unai Emery.

Malah mungkin ada yang terlupa bahawa mereka juga pernah bersorak ketika Xhaka menjaringkan gol dengan gaya yang menakjubkan sebelum ini.
Boom!
Cuma pada perlawanan menentang West Ham, tiada jaringan yang dihasilkan beliau. Namun prestasi beliau sememangnya layak untuk menerima pujian.

Apa yang tidak dimiliki Xhaka adalah ketangkasan namun beliau tetap mempunyai hantaran yang berbisa yang hampir sempurna. 

Ia seperti ataupun seakan-akan, bola memahami setiap hantaran yang beliau mahukan bola itu berada, pergi dengan tepat di mana beliau mahu bola itu berada ataupun diterima, tidak kira jaraknya.

Dan sebab itulah beliau masih bermula dan mengapa harus bermula dalam kesebelasan utama Arsenal.

Tidak ada pemain lain dalam pasukan yang boleh memainkan ataupun menghantar bola setajam dan seperti yang dilakukan Xhaka.

Mungkin Guendouzi mampu, namun kualiti yang dimiliki Xhaka mungkin tidak mampu ditandingi oleh pemain-pemain lain setakat ini.

Hantaran tepat Xhaka memecah garisan pertahanan lawan memudahkan pemain-pemain Arsenal untuk melancarkan serangan tanpa perlu mengelecek untuk mengatasi pihak lawan.

Satu hantaran tepat dan tajam memudahkan kerja-kerja serangan Arsenal, namun taktikal pasukan juga memainkan peranan utama dalam setiap perlawanan.

Yang pastinya, gandingan Xhaka bersama Torreira lebih berbisa pada perlawanan ini, cuma kekurangan komunikasi masih dapat dilihat pada barisan pertahanan dan tengah Arsenal.

Mungkin ianya dapat diatasi pada perlawanan seterusnya, apabila Arsenal berjaya beraksi dengan pemain-pemain yang sama lebih kerap.

Sumbangan Torreira pada perlawanan ini juga tidak boleh diabaikan dimana kemasukan beliau bergandingan dengan Xhaka, memberikan dimensi baru pada corak permainan Arsenal.


Highlights

Post a Comment

Previous Post Next Post