Bellerin - peranan dan tanggungjawab, bolasepak moden, kutukan dan kritikan.

Hector Bellerin Moruno, 23 tahun memiliki kepantasan, keupayaan mengelecek dan kemampuan untuk membuat hantaran silang (crossing) yang banyak membantu beliau dalam mencipta peluang untuk pasukan.



Memulakan karier awal di akademi Barcelona (2003-2011), beliau pada musim panas tahun 2011 menyertai Arsenal dan menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Arsenal pada bulan Julai 2013.

Beliau mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal setelah dipanggil balik daripada pinjaman bersama Watford setelah Mathieu Debuchy, Calum Chambers dan Nacho Monreal mengalami kecederaan.

Bellerin ketika mewakili Watford pada musim 2013/14 secara pinjaman.

Pada awalnya (23 November 2013), beliau telah dipinjamkan untuk tempoh dua bulan sebelum dilanjutkan menjadi semusim kepada Watford yang beraksi di saingan Championship.

Namun kecederaan pemain pertahanan memaksa khidmat beliau ditagih dan menamatkan tempoh pinjaman lebih awal (kembali pada 18 Februari 2014).

Bersama Watford, beliau berjaya membuat lapan penampilan dengan satu bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Dan ketika tempoh pinjaman tersebut, beliau kerap digunakan sebagai pemain tengah kanan (right midfielder) dengan enam kali penampilan dan dua kali sebagai pertahanan kiri.

Hector Bellerin ketika berada di Pusat Latihan Arsenal di London Colney pada 3 Februari 2014.
Pada 21 November 2016, beliau telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab yang mana ianya bakal berakhir pada 30 Jun 2023.


POSISI

Ketika bersama Akademi Barcelona (sebelum menyertai Arsenal), beliau bermain ataupun dibentuk sebagai pemain sayap menyerang (attacking winger).



Namun apabila menyertai Akademi Arsenal, beliau telah dibentuk ataupun ditukarkan peranan beliau kepada pertahanan kanan oleh Steve Bould.

Dan kini beliau lebih berperanan sebagai 'wingback' dalam taktikal pasukan, baik ketika era Wenger mahupun pada era Emery.


PERANAN

Bermain selaku ataupun berperanan sebagai 'wingback', fungsi Bellerin adalah diantara barisan pertahanan dan juga sebagai pemain sayap.

Dan tugas serta peranan beliau adalah lebih tertumpu kepada menyerang berbanding bertahan.

Pun begitu, beliau masih mempunyai tanggungjawab terhadap barisan pertahanan dan juga  tugas bertahan yang memerlukan beliau kembali mendapatkan bola ataupun turun bertahan apabila pasukan kehilangan bola.

Bermain 'wingback' bukanlah sesuatu yang mudah dimana ianya memerlukan stamina yang tinggi untuk berlari 'naik turun' dalam jarak 80-90 meter tanpa lelah sepanjang perlawanan.

Dan ini menjelaskan bahawa Bellerin memerlukan stamina yang tinggi setiap kali perlawanan dan sebarang kecederaan walaupun sekecil mana kecederaan yang dihadapi beliau sekalipun, akan memaksa beliau berehat bagi memastikan tahap kecergasaan beliau sentiasa tinggi.

Antara peranan utama Bellerin selaku 'wingback' adalah untuk mencipta peluang seberapa banyak yang mungkin buat pasukan untuk menjaringkan gol melalui hantaran silang (crossing) dan tugas menghasilkan bantuan gol ini adalah sama kepentingannya jika dibandingkan dengan seseorang yang menjaringkan gol buat pasukan.


FORMASI

Jika mengikut 'buku', peranan 'wingback' lebih sesuai digunakan dengan tiga permain pertahanan tengah yang membentuk formasi 3-5-2-1 ataupun 4-2-3-1 (moden).

Gambrajah i - Formasi asas 4-2-3-1
Gambarajah  ii - Formasi 4-2-3-1 yang mana seorang pemain tengah bertahan akan bertindak menjadi pemain pertahanan dalam menggunakan kepentingan peranan wingback ( no.2 dan no.3).
Dan jika mengikut formasi sekarang bersama Arsenal dibawah Unai Emery, prestasi beliau banyak bergantung kepada 'backup' daripada pemain no.7 dan no. 5 (merujuk kepada gambarajah diatas - ii) ketika beliau melancarkan serangan.

Dengan kata lain, ketika Bellerin melakukan serangan, ruang kosong yang ditinggalkan beliau  (pada pertahanan) perlulah di'cover' oleh bernombor 5 dan 7 (merujuk gambarajah ii sebagai contoh).


BOLASEPAK MODEN

Dalam permainan bolasepak moden, 'wingback' mestilah pemain yang paling cergas diatas padang dan memiliki ciri-ciri pemain sayap tulen - pure winger serta pergerakan yang mampu merangkumi ruang padang yang sebanyak mungkin.

Dan ini juga menjelaskan mengapa Arsenal (dan juga kebanyakkan pasukan) tidak memerlukan seorang 'pure winger' sebaliknya memerlukan seorang 'wingback' didalam pasukan.


PRESTASI

Musim ini (2018/19), beliau telah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan liga dan beraksi penuh selama 90 minit perlawanan.

Dan sumbangan beliau terhadap pasukan setakat ini adalah dengan satu bantuan gol yang dihasilkan ketika kemenangan 3-1 keatas West Ham.

Rekod penampilan bersama skuad utama Arsenal
Musim Penampilan Jaringan Bantuan Gol
2017-18 47 3 5
2016-17 42 1 5
2015-16 44 1 8
2014-15 30 2 2
JUMLAH 163 7 20

Berdasarkan kepada rekod penampilan beliau, bermula dari musim 2014/15 sehinggalah pada musim lalu, terdapat peningkatan terhadap jumlah penampilan yang dibuat beliau.

Dan ini menjelaskan bahawa beliau masih mendapat kepercayaan pengendali Arsenal (mungkin kerana era Wenger) dan khidmat beliau sememangnya diperlukan.

Manakala dengan musim ini yang baru memasuki tiga perlawanan, Bellerin masih mampu mengetepikan cabaran ataupun saingan daripada pemain veteran berpengalaman yang baru dibawa masuk musim ini, Stephan Lichtsteiner.


Kritikan dan Kutukan

Beliau antara pemain Arsenal yang seringkali menjadi mangsa kritikan, baik dikalangan peminat mahupun pengamal media serta pundit-pundit bolasepak.

Peminat Arsenal sangat sukar untuk dipuaskan hati dan perasaan mereka, pasti ada yang tidak kena dan seolah-olah terikut dengan media untuk mencari seorang 'kambing hitam'.

Jika sebelum ini 'kambing hitam' lebih kepada Olivier Giroud dan Francis Coquelin, kini dengan ketiadaan dua pemain tersebut, pemain seperti Mesut Ozil, Granit Xhaka dan Petr Cech merupakan  antara pemain kegemaran peminat dan media untuk menyertai Bellerin menjadi sasaran.


Pemain berbakat Sepanyol itu adalah salah seorang mangsa kritikan bukan kerana kejayaannya, tetapi kerana potensinya sendiri.

Di atas kertas, Bellerin adalah salah seorang pemain muda paling menarik di dunia yang boleh dikatakan sebagai salah seorang pemain muda yang paling berbakat ketika ini.

Beliau baru berusia 23 tahun dan merupakan sebahagian daripada produk Akademi Arsenal yang disertai beliau semenjak remaja lagi. 

Bellerin juga telah memiliki tiga caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Sepanyol, malah beliau turut berjaya menarik minat dan perhatian pasukan Barcelona dan Manchester City.

Jelas, beliau merupakan pemain berbakat dan sangat berharga. Bagi sesetengah (peminat dan penyokong), akan menganggap kemasukan Bellerin dalam kesebelasan utama Arsenal secara tetap menjadi titik kebanggaan buat mereka.

Namun, kecemerlangan beliau diawal penampilan gagal dikekalkan dan dipamerkan beliau secara konsisten menyebabkan beliau menjadi mangsa kritikan hebat ketika ini.

Dengan tiga penampilan (270 minit) dan satu bantuan gol setakat ini, mungkin beliau mampu memberikan lebih banyak dan lebih baik pada musim ini; lebih-lebih lagi dibawah kendali pengendalian Unai Emery.


Rekod Permainan Dalam Saingan Liga Perdana

Defence
Clean sheets 46
Goals conceded 132
Tackles 182
Tackle success % 79%
Last man tackles 1
Blocked shots 22
Interceptions 175
Clearances 257
Headed Clearance 121
Clearances off line 3
Recoveries 607
Duels won 508
Duels lost 571
Successful 50/50s 163 163
Aerial battles won 131 131
Aerial battles lost 179 179
Own goals 0 0
Errors leading to goal 1 1

Team Play
Assists 14
Passes 5,796
Passes per match 45.64
Big chances created 25
Crosses 322
Cross accuracy % 16%
Through balls 25
Accurate long balls 108

Attack
Goals 6
Headed goals 0
Goals with right foot 4
Goals with left foot 2
Hit woodwork 3



Post a Comment

Previous Post Next Post