Skuad Pep Guardiola rosakkan debut Unai Emery di Emirates.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris memulakan kempen 2018-19 dengan tiga mata bergaya.


Manchester City memulakan langkah mereka untuk mengekalkan (mempertahankan) kejuaraan yang dimenangni musim lalu dengan menewaskan Arsenal pada aksi pembuka liga buat kedua-dua pasukan tersebut.

Walaupun tidak mempunyai David Silva didalam skuad mereka dengan Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan Gabriel Jesus berada dibangku simpanan, skuad Pep Guardiola tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Gunners dilaman lawan.

Manchester City mencapai kemenangan 2-0 pada pada perlawanan pertama liga dan kemenangan tersebut juga merosakkan penampilan sulung Unai Emery bersama Arsenal serta di Emirates.

Permulaan yang menggerikan

Arsenal hampir mencipta 'kecelakaan' sendiri apabila penjaga gol berpengalaman, Petr Cech pada babak pertama perlawanan nyaris mencipta nama selaku penjaring gol.

Tindakan beliau yang menyepak bola ketika ditekan dan dalam usaha menghantar bola ke rakan sepasukan, nyaris menghasilkan gol dan anda boleh saksikan sendiri pada video dibawah.

Mujur tindakan beliau itu tidak  itu tidak menghasilkan gol sendiri.
Kecemerlangan Sterling
Tidak dapat dinafikan kecemerlangan pemain Manchester City ini pada perlawanan malam tadi.

Beliau melakukan larian dengan baik selain mencipta peluang untuk rakan sepasukan dan juga untuk dirinya sendiri.

Jelas beliau merupakan pemain yang berbahaya musim ini jika berjaya mengekalkan prestasi sedemikian.
Bernado Silva 'bunuh' permainan
Jaringan gol kedua Manchester City oleh Bernardo Silva pada minit ke-64 terus 'membunuh' Arsenal dan perlawanan malam tadi. 


Lihat bagaimana beliau mencari ruang dan peluang serta penyudah yang cemerlang untuk menewaskan Petr Cech.

Dan disitu juga memperlihatkan bagaimana kealpaan barisan pertahanan Arsenal yang membiarkan beliau 'berkeliaran' tanpa pengawasan dan tanpa tekanan kepada pemain tersebut.

Setakat itu sahaja untuk ulasan ringkas perlawanan malam tadi dan laporan terperinci bakal menyusul.

Post a Comment

Previous Post Next Post