Arsenal dilaporkan cuba menaikan nilai yuran perpindahan Ospina.

Selepas Arsenal dilaporkan bersetuju dengan perpindahan Ospina ke Besiktas, laporan terkini mengatakan bahawa The Gunners cuba menaikkan yuran perpindahan tersebut.



Semalam media Turki melaporkan dimana perpindahan David Ospina ke Besiktas semakin hampir dengan beberapa perkara kecil sahaja yang tinggal untuk diselesaikan.

Malah wartawan TRT Spor, Firat Gunayer turut mendedahkan dimana jika perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan ianya adalah sesuatu yang amat mengejutkan setelah segalanya hampir dimuktamadkan.

Seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media, baik media Turki mahupun Inggeris termasuklah Sky Sports yang mendakwa bahawa Ospina telah bersetuju dengan terma peribadi bersama Besiktas dan terkini, Firat Gunayer sekali lagi telah memberikan maklumat terbaru mengenai perkembangan perpindahan penjaga gol Arsenal, David Ospina ke  Besiktas.

Menurut beliau, terdapat beberapa isu berkaitan terhadap perjanjian perpindahan yang dikatakan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Gunayer mengatakan satu-satunya isu paling utama dalam potensi perpindahan Ospina ke Istanbul adalah dimana pihak Arsenal cuba untuk menaikan nilai yuran perpindahan.

Arsenal dilaporkan mahu nilai perpindahan tersebut dijalankan pada £7.1 juta, sementara Besiktas pula hanya sanggup membayar £5.1 juta.

Malah beliau turut mendakwa bahawa Besiktas perlu menjual beberapa pemain terlebih dahulu sebelum menandatangani Ospina secara tetap.

Perpindahan Ospina ke Besiktas dikatakan dalam bentuk pinjaman dimana Besiktas bersetuju (termasuklah Arsenal) untuk meminjam Ospina pada tahun pertama sebelum membelinya pada tahun kedua.

Dan tindakan Arsenal yang dikatakan menaikkan yuran perpindahan untuk Besiktas membelinya pada tahun kedua menyebabkan urusan ini sedikit terganggu.

Besiktas dikatakan perlu mencari dana tambahahan bagi membolehkan mereka menandatangi Ospina secara tetap dan beliau turut mendedahkan dimana kelab Turki itu telah bersetuju dengan terma peribadi bersama Ospina dan juga Arsenal yang dikatakan bersetuju dengan langkah pinjaman untuk Besiktas mendapatkan Ospina.

Gunayer turut mengatakan bahawa jika Arsenal menurunkan klausa pembelian mereka atau jika Besiktas menjual beberapa pemain untuk membiayai perpindahan itu, maka Ospina akan menyertai kelab Turki itu tidak lama lagi.

Kontrak Ospina bersama Arsenal bakal berakhir pada Julai 2020 dan sebelum ini juga terdapat laporan yang mengatakan bahawa Besiktas menarik diri setelah gagal mendapat persetujuan peribadi bersama Ospina.

Ospina dikatakan meminta gaji yang terlalu tinggi dan tindakan tersebut menyebabkan Besiktas menarik diri daripada mendapatkan penjaga gol kebangsaan Colombia ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post