Unai Emery gembira dengan Ozi namun mahukan lebih daripada itu.

Unai Emery mengeluarkan Ozil ketika kekalahan ditangan Chelsea namun pengendali dari Sepanyol itu menegaskan bahawa beliau gembira dengan sumbangan yang diberikan oleh pemain itu.



Mesut Ozil dikeluarkan pada minit ke-68 ketika kedudukan terikat 2-2 dan beliau digantikan oleh Aaron Ramsey pada pertemuan menentang Chelsea awal pagi tadi.


Walaupun dikeluarkan ketika kedudukan terikat 2-2, namun pengendali Arsenal itu jelas gembira dengan sumbangan Ozil namun begitu, beliau berharap pemain tersebut mampu memberikan lebih lagi pada masa akan datang.



Emery mendakwa pertukaran tersebut dengan mengeluarkan Ozil dan menggantikan dengan Ramsey adalah kerana perubahan taktikal dan beliau percaya dengan kerja keras ketika latihan bakal memberikan dan menghasilkan kecemerlangan yang konsisten terhadap pemain itu.

"Ya, kita perlukan dia untuk membantu dengan kualitinya, dan saya juga mahu dia menjadi kompetitif setiap perlawanan." jelas pengendali Arsenal itu kepada pemberita setelah ditanya sama ada Ozil mampu menjadi kunci utama dalam sebahagian  perancangan beliau.

"Hari ini saya gembira dengannya kerana dia berfungsi. Saya memutuskan untuk melakukan pertukaran kerana, di tengah-tengah, kami memerlukan sedikit lebih untuk menolak dan tidak mahu membiarkan Chelsea terlalu mudah menggerakkan bola. Kami bertahan dengan sangat mendalam."

"Tetapi saya gembira dengan Mesut. Kami akan melakukan tugas yang sama dengannya dan menolongnya, menuntut kerja setiap hari."

"Tetapi, pada masa ini, dia melakukan itu dan saya gembira. Dalam proses itu, saya pasti dia akan melakukan permainan yang baik. "

Selain Ozil,  Granit Xhaka juga pemain tengah yang diturunkan ketika perlawanan tersebut dengan pemain antarabangsa Switzerland turut ditukarkan (dikeluarkan) pada minit ke-46.


Sekali lagi, Emery menegaskan bahawa keputusan itu diambil dengan gambaran yang lebih besar dalam fikiran.

Xhaka tidak mengalami sebarang kecederaan namun beliau telah mengumpul kad kuning dan Emery enggan mengambil sebarang risiko dengan seorang pemain yang mempunyai sejarah mengumpul kad seterusnya dibuang padang.

"Ini adalah keputusan taktikal kerana dia mempunyai kad kuning." jelas Emery.

"Kami tidak mengambil risiko dengan kad kuning ini dan juga, ianya adalah untuk memberi peluang kepada pemain lain yang kami ada dalam perlawanan itu."

Kekalahan kepada Chelsea bermakna Arsenal kini telah mengalami dua kekalahan berturut-turut pada permulaan kempen buat kali pertama semenjak 1992 yang merupakan tahun pengenalan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal berpeluang untuk mencatatkan kemenangan pertama musim ini apabila menerima kenjungan West Ham di Stadium Emirates hujung minggu depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post