Arsenal berkunjung ke Stamford Bridge dalam misi mencari kemenangan pertama ketika menentang Chelsea bagi perlawanan kedua liga.


Chelsea turun dengan formasi asas 4-3-3 dan ketika bertahan, mereka membentuk formasi 4-5-1.

Manakala Arsenal pula turun dengan formasi asas 4-2-3-1 dan akan menukarkan formasi kepada 4-4-2 ketika bertahan ataupun ketika tidak memiliki bola.


Perlawanan bermula dengan menyaksikan Chelsea mengenakan tekanan terhadap Arsenal dan beraksi dengan intensiti tinggi.

Tindakan Chelsea yang bermain dengan cara demikian banyak memberi masalah kepada pertahanan Arsenal selain mereka juga mendominasi penguasaan perlawanan.

Jelas Chelsea mengenakan tekanan kepada setiap pemain Arsenal dan cuba mendapatkan bola dengan seberapa segera yang boleh jika mereka tidak ataupun kehilangan bola.

Manakala Arsenal, dilihat mengamalkan 'man to man marking' ketika perlawanan ini dan tindakan itu bagaikan memberi ruang kepada Willian untuk memecahkan pertahanan Arsenal.


Dengan 'man to man marking' yang dipraktikan Arsenal, Bellerin yang ditugaskan mengawal Willian terpaksa naik ke atas setelah Willian dilihat sering kali turun sedikit kebawah dan tindakan tersebut memberi ruang kepada Alonso untuk membuat larian dengan ruang kosong yang ditinggalkan Bellerin.

Walaupun Iwobi dilihat pada paparan 'Live' berada disebelah sayap kanan, namun ketika perlawanan beliau bertukar posisi bersama Miki.
Tindakan Willian yang menarik Bellerin untuk naik ke kawasan Chelsea, membuka ruang kepada Alonso yang gagal dikawal dengan kemas oleh Miki untuk membuat larian.
Dengan Bellerin ketat mengawal Willian, ruang terbuka yang ditinggalkan beliau itu digunakan sepenuhnya oleh pertahanan kiri Chelsea, Alonso untuk membuat larian yang seterusnya menghasilkan gol pertama Chelsea.








Dan mereka (Chelsea) bermula dengan baik  dalam 30 minit pertama perlawanan dengan berjaya menghasil dua gol dalam tempoh 20 minit.

Gol kedua Chelsea pula berpunca daripada gerakan dan kebijaksaan Morata dalam menewaskan Mustafi.

Sukar untuk menyalahkan mana-mana pemain ketika itu.

Rumusan perlawanan ini, jelas sekali pemain Arsenal masih keliru dengan peranan ketika melakukan tekanan dan 'marking' pemain.


Serta komunikasi diantara pemain juga menyebabkan tonggak pertahanan gagal bertahan dengan baik.

Yang paling ketara adalah peranan Xhaka yang dilihat tidak banyak membantu barisan pertahanan dan sering kali terlepas pemain kawalan beliau yang menyebabkan Bellerin sering terganggu dalam menentukan pemain mana yang patut diberi kawalan.

Jika berdasarkan perlawanan, Xhaka dilihat patut memberi kawalan dan tekanan kepada Barkley, namun beliau seringkali terlepas dalam mengawal Barkley. Prestasi buruk Xhaka menyebabkan persembahan Bellerin kelihatan teruk.

Begitu juga dengan Miki yang sering terlepas pemain kawalan beliau.

Kekurangan dan kelemahan ini pasti memberikan Emery tugas berat dalam memastikan komunikasi diantara pemain semakin baik selain melatih pemain memahami peranan ketika menekan dan juga dalam menentukan kawalan (marking) ketika diserang.

Dan kekalahan ini juga disebabkan oleh ketumpulan jentera serangan Arsenal yang melepaskan beberapa peluang terhidang,yang dipersia-siakan oleh Miki dan Auba.

Pastinya dalam 1-2 perlawanan lagi Arsenal mampu mencipta kecemerlangan dan mampu beraksi dengan gaya Emery jika pemain-pemain dapat memahami taktikal serta teknik yang diterapkan oleh pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post