Zlatan Ibrahimovic kejutkan peminat LA Galaxy dengan sentuhan peribadi beliau.

Bagaimanakah perasaan anda apabila dihubungi bintang tersohor pasukan yang diminati anda melalui telefon?

Zlatan Ibrahimovic tidak perlu diperkenalkan lagi dengan tindakan 'luas biasa' beliau baik diatas padang mahupun diluar padang.

Sebelum ini beliau telah mencabar David Bechkam dalam pertaruhan yang akhirnya dimenangi oleh bekas kapten England itu.

Namun bekas pemain kebangsaan Sweden yang kini beraksi bersama LA Galaxy telah mengejutkan peminat pasukan tersebut apabila menghubungi mereka melalui talefon untuk mengucapkan terima kasih.

Zlatan Ibrahimovic telah menghubungi pemegang tiket bermusim La Galaxy untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memperbaharui pas mereka menjelang musim 2019.

Laman rasmi twitter LA Galaxy telah memuatnaik video mengenai tindakan Ibrahimovic yang menghubungi peminat-peminat mereka dengan caption 'Employee of the Month'.
Tindakan yang dilakukan oleh Ibrahimovic dan LA Galaxy ini merupakan satu tindakan yang begitu menarik dan sudah tentu ianya membuat penyokong dan peminat yang memiliki pas bermusim terasa begitu dihargai.

Dan sudah tentu mereka teruja apabila menerima panggilan daripada Zlatan Ibrahimovic yang mengucapkan terima kasih kerana memberi sokongan kepada kelab.

Menarik bukan?

Post a Comment

Previous Post Next Post