Arsenal tidak mampu gunakan khidmat Mkhitaryan pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Europa.

Henrikh Mkhitaryan mungkin terlepas perlawanan akhir Liga Europa 2018/19 jika Arsenal layak beraksi di perlawanan akhir.



Edisi kali ini menyaksikan perlawanan akhir Piala Europa akan diadakan di Stadium Olimpik di Baku, Azerbaijan.

Sekiranya Arsenal layak ke perlawanan akhir, kapten pasukan kebangsaan Armenia yang juga pemain tengah Arsenal, Henrikh Mkhitaryan mungkin terlepas aksi perlawanan tersebut. 

Selain terlepas perlawanan akhir, Mkhitaryan juga bakal terlepas aksi peringkat kumpulan ketika bertemu Qarabağ FK, sebuah pasukan dari negara Azerbaijan.

Ini kerana menurut Vivaro NewsHenrikh Mkhitaryan tidak dapat bermain menentang Qarabag kerana Azerbaijan mengenakan sekatan buat mana-mana warga Armenia memasuki negara tersebut.

Jadual perlawanan peringkat kumpulan (Kump. E) Arsenal pada Piala Europa 2018/19
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mt Perlawanan Pertama Perlawanan Kedua
1 Vorskla Poltava 0 0 0 0 0 0 0 0 21 September 2018 (Home) 30 November 2018 (Away)
2 Sporting CP 0 0 0 0 0 0 0 0 26 Oktober 2018 (Away) 9 November 2018 (Home)
3 Qarabağ 0 0 0 0 0 0 0 0 5 Oktober 2018 (Away) 14 Disember 2018 (Home)
4 Arsenal 0 0 0 0 0 0 0 0 - -

Menurut laman itu jugadan turut dilaporkan oleh Chris Wheatley, ketika Mkhitaryan bermain untuk Dortmund pada tahun 2015, kebimbangan keselamatan terhadap pemain tersebut menyebabkan kelab Jerman itu memutuskan untuk tidak membawa  Mkhitaryan bersama skuad mereka untuk perlawanan Liga Europa melawan kelab Azerbaijan, Gabala.

Jadi kemungkinan sekali lagi buat Henrikh Mkhitaryan tidak akan dibenarkan bermain menentang sebuah lagi kelab Azerbaijan, Qarabag ketika Arsenal menghadapi mereka dalam saingan peringkat kumpulan Piala Europa musim ini.

Dan jika Arsenal layak ke perlawanan akhir, sudah tentu khidmat pemain ini juga terpaksa dilupakan Unai Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post